SEORANG ilustrator bebas, Ardenlolo mencipta kartun yang sempoi ini menunjukkan Kim Yo-jong, watak animasi budak perempuan yang terkejar-kejar ke tempat kerja sambil berlari menggigit sekeping roti. "Hai nama saya Kim Yo-jong dan saya sudah terlambat masuk kerja, hari pertama sebagai diktator," katanya. : Kitareporters.com
"Hai saya Azula.. opps dah terlambat masuk pejabat hari pertama sebagai diktator"... Watak Yo-jong dijadikan satu animasi kelakar. - Gambar Instagram Ardenlolo.
Kisah Kim Yo-jong, adik bongsu kepada Diktator Korea Utara, Kim Jung-un, disebut-sebut bakal menggantikan abangnya sudah lama kedengaran.
Ketika belum pun ada berita sahih mengenai kesihatan sebenar pemimpin tertinggi blok komunis tu, wanita di belakang tabir ini sudah lama popular dalam Twitter dengan nama jolokan Azula.
Azula perancang propaganda yang hebat. Dia menggantikan ayahnya sebagai Raja Kerajaan Api.
Azula seorang puteri dan adik Zuko terkenal sebagai perancang hebat dalam siri “Avatar: The Last Airbender.” yang ditayangkan dalam saluran Nickelodeon.
Azula memerintah Kerajaan Api salah satu daripada empat kerajaan iaitu Air, Angin dan Bumi.
Azula mengetuai pasukan khas avatar untuk memburu Avatar Aang yang menjadi halangan kepada kepimpinannya.
Avatar adalah manusia yang hebat dikatakan lahir hanya 1,000 tahun sekali mempunyai teknik menguasai semua unsur kehidupan bagi menstabilkan manusia dengan dunia dan alam abadi.
Azula bijak mengawal api warna biru yang lebih panas dari api biru, merah dan oren yang selalu dimiliki Avatar.
Dia dilatih oleh bapanya dan selalu menganggap tidak disayangi ibunya.
Berminat kepada kuasa sejak kecil, Azula seorang pakar manipulasi dan kejam, sesuai untuk meneruskan tradisi kerajaan yang banyak saingan.
Kim Yo-jong cantik orangnya... Dalam serius seseorang, ada yang mahu melihatnya sebagai watak kartun yang cantik.
Seorang lagi pelayar twitter TRANSHUMANIA @ Transhumania pula mencelah begini,
Jeneral Korea Utara, "Mana Pemimpin agung ?"
Kim Yo-jong: "Uwaaaa! saya dah terlambat" *Terjah keluar dari pintu* "Trump-kun you b-b-Baka!!!" Buckle up bois, we all Juche-simps now♡
Itulah media massa di Barat menggelarkannya sebagai 'Ivanka Trump Korea Utara', tetapi ramai yang tidak tahu bahawa dalam Twitter, orang sudah lama menggelarkan Yo-jon yang berusia 32 tahun ini mirip Azula.
Mereka sedar dia memang `berkuasa` di sebalik tabir bukan saja masa ayahnya, tetapi sejak menjadi pembantu kepada abangnya, dia juga dilihat sangat berjaya menonjolkan imej Jung-Un sebagai pemimpin dunia yang disegani dan ditakuti.
Merdeka.com melaporkan ketegasan Yo-jong menjadikan dia orang paling dipercayai abangnya untuk berdiri di belakang pemimpin itu pada saat menandatangani dokumen bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Hotel Capella, Sentosa, Singapura pada 12 Jun 2018.
Saat pemimpin itu duduk di meja untuk menandatangani dokumen perjanjian, tiba-tiba Yo-jong tampil ke depan dan mengeluarkan pen dari tasnya untuk ditukar dengan pen yang disiapkan petugas untuk digunakan oleh Jung-Un bagi menandatangani dokumen.
Nexshark.com - medan pelayar twitter Asia dan Amerika - melaporkan ramai orang dalam media sosial sekarang sangat berminat mengenali Yo-jong dan menyamakan wataknya sebagai Azula yang dianggap `menakutkan` dan penuh muslihat untuk mengekalkan kuasanya.
Fox News sebelum ini juga melaporkan teka-teki kesihatan pemimpin Korea Utara kerana gagal hadir meraikan ulang tahun datuknya Kim II-sung pada 15 April 2020 lantas tersebar berita adiknya mungkin dalam proses mengambil alih kepimpinan abangnya yang kena `berehat lama` selepas pembedahan jantung.
Kim Jong-un (kiri) dan adiknya Yo-jong menghadiri persidangan Inter-Korean Summit di Peace House di Panmunjom, Korea Selatan. - Kredit gambar: Korea Summit Press Pool/Getty Images
Sementara itu, pemilik akaun Twitter Blooming Indigeneity@bloomingin2me menulis begini:
Jika adik Kim Jong-un, Kim Yo-jong berpotensi menggantikan abangnya, ia sesuatu yang dikatakan disukai.
Yo- jong mungkin berpeluang menjadi pemimpin wanita pertama Korea Utara sejak datuknya Kim Il-sung mendirikan negara itu pada 1948, sekiranya bapa saudaranya yang masih hidup tidak menuntut takhta itu.
Sekembalinya Yo-jong dari luar negara pada 2001 atau 2001, dia menganggotai Parti Pekerja Korea pada 2007 iaitu jawatankuasa yang bertindak merancang program pembangunan negara itu sebelum dipilih menjadi setiausaha bapanya, Kim Jong-il, sehingga detik kematian diktator itu pada 2011.
Kemudian dia dilantik Naib Pengarah Pertama Jabatan Agitasi dan Propaganda abangnya.
Di sinilah dia merangka gerak kerja dan menonjolkan imej abangnya sebagai diktator yang dikagumi dunia dan menarik perhatian Presiden AS, Donald Trump untuk bersemuka di Singapura bagi menandatangani perjanjian. - KitaReporters