Insan & Komuniti 27 Apr, 2021

Video| Sampai Jumpa KRI Nanggala 402! Ku tak siap merindu! Video nyanyian jadi ingatan terakhir

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SERAMAI 11 kru KRI Nanggala 402 menyanyikan lagu Sampai Jumpa dipercayai beberapa hari sebelum kapal selam mereka disahkan karam pada 25 April 2021. - Kredit foto: newsmaker.tribunnews.com.


RAMAI netizen khususnya di negara Rupublik Indonesia turut bersimpati serta merasa sedih apabila mendengar lagu Sampai Jumpa nyanyian 11 anak kapal selam KRI Nanggala 402 yang disahkan tenggelam dan ditemukan di dasar laut Perairan Utara Pulau Bali pada Ahad, 25 April 2021. 

Video yang dinyanyikan anak kapal terbabit  berdurasi selama 22 saat memuatkan lagu tersebut kini menjadi viral di negara itu sejak dua hari lalu dan lagu itu dipopularkan oleh artis kumpulan Endank  Soekamti. 

Namun mereka mengemari lagu Sampai Jumpa disebabkan ia sedikit sebanyak menyentuh perasaan di samping kehidupan mereka sentiasa terpisah dengan keluarga  atau orang tersayang akibat menjalankan tugasan sebagai tentera laut.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan KRI Nanggala 402


LAGU Sampai Jumpa yang dipopularkan oleh Kumpulan Endank Seokamti. - Kredit foto: Instagram


Antara lirik lagu Sampai Jumpa ialah:

``Datang akan pergi, lewat kan berlalu, ada kan tiada bertemu akan berpisah.

``Meskipun, ku tak siap untuk merindu, ku tak siap tanpa dirimu, ku harap terbaik untukmu,’’ demikian nyanyian merdu suara 11 anak kapal selam itu. 

Menurut Tribunnews.com pada 24 April 2021 dipetik berkata di dalam video berkenaan dilihat 11 awak (anak kapal) beramai-ramai menyanyikan lagu tersebut didalam kapal KRI Nanggala 402 sambil diiringi muzik.



Kesemua anak kapal terbabit memakai pakaian serba hitam dan memakai beret juga berwarna hitam. 

Walau bagaimanapun, tidak dapat pastikan bila video itu dirakamkan, namun natizen percaya video lagu Sampai Jumpa dirakam beberapa hari sebelum kapal selam itu dilaporkan hilang. 

Netizen sedih kerana lagu itu amat memilukan perasaan dengan tragedi nahas kapal selam yang karam di dasar lautan di perairan utara Pulau Bali pada Ahad, 25 April 2021.


KAPAL selam KRI Nanggala 402 sebelum ditemukan karam di dasar lautan di perairan utara Pulau Bali pada 25 April 2021.



Selain itu, ia terdapat sebahagian liriknya berkait tentang perjalanan hidup mereka yang akhirnya 53 anak kapal itu disahkan meninggal dunia selepas kapal selam KRI Nanggala 402 dijumpai tenggelam dalam keadaan pecah kepada tiga bahagian di kedalaman air 839 meter.

Sebelum itu, 53 anak kapal selam itu menyertai Latihan Penembakan Senjata Tentera Nasional Indonesia (TNI) AL 2021 tetapi ia dilaporkan hilang selepas terputus hubungan pada 21 April 2021 lalu.



Dalam pada itu, selain video nyanyian 11 anak kapal selam KRI Nanggala 402 yang menjadi tular, ramai netizen menzahir rasa sedih dan takziah mereka dengan turut memuat naik video-video sebagai tanda penghormatan kepada semua 53 kru kapal selam berkenaan. - KitaReporters





2
0
4
1
0
You will be interested