Insan & Komuniti 04 Jul, 2022

Nasib cikgu yang comel! Ibu-ibu desak dia dipecat! Mirip penyanyi popular! Takut suami menggatal!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Penyanyi Hong Kong Angelababy


KECANTIKAN rupa paras seseorang wanita adalah anugerah Tuhan dan tidak hairanlah dengan rupa yang cantik seorang wanita itu  sudah pasti sering dipuji, dipuja dan disanjung oleh orang ramai terutamanya kaum lelaki yang tidak jemu-jemu memandang  wajahnya yang cantik asli. 

Namun apa yang berlaku di negara China baru-baru ini, amat mengejutkan netizen dan tidak sepatutnya terjadi ke atas seorang guru di sebuah taman didikan kanak-kanak (tadika) yang berwajah cantik dan kecantikannya mirip dengan seorang artis popular berasal dari Hong Kong bernama Angelababy

Angelababy merupakan seorang penyanyi yang sedang mencipta nama di China ketika ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cikgu-cikgu


Cikgu tadika China 


Dengan kecantikan guru tadika seperti artis itu, ramai dalam kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak mereka belajar di tadika tersebut mendesak pihak pengurusan tadika berkenaan supaya memecat guru itu yang bertugas di tadika berkenaan. 

Media tempatan di China, Xuan melaporkan alasan kaum ibu bertindak demikian kerana sejak guru tadika yang cantik itu tidak dinyatakan namanya bertugas di tadika itu, ramai para bapa sudah berubah perangai misalnya mereka berminat untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka di kelas itu.

Beikutan dengan kecantikan guru wanita terbabit seperti artis itu menyebabkan dia  terancam dengan tugasan sebagai pendidik bakal ditamatkan akibat desakan kaum wanita yang  mempunyai anak-anak belajar di kelas tadika tersebut.

Tetapi alasan itu tidak manasabah langsung untuk memecat guru cantik itu kerana ia tiada kaitan antara rupa paras yang cantik dengan pekerjaannya sebagai guru tadika.



Sementara itu, memetik laporan portal Wolipop pada 1 Julai 2022 mengatakan kaum wanita  terbabit merasa cemburu dan bimbang terhadap suami mereka yang kini sudah banyak berubah tingkah laku daripada seorang bapa (suami) yang pemalas tetapi sekarang sudah rajin menghantar dan mengambil anak-anak mereka di kelas tadika itu sambil melihat guru tersebut yang cantik.

Apa yang menarik ada dalam kalangan bapa yang sanggup datang awal menunggu anak-anak mereka yang belum habis kelas lagi

Wolipop memberitahu, walaupun pelbagai desakan dari ibu-ibu itu tetapi pihak pengurusan tadika tersebut tidak membuang guru wanita itu yang dikatakan mempunyai keturunan darah campuran itu daripada jawatannya akibat dia seorang pendidik yang berdedikasi di tadika itu.

Dari foto-foto yang diviralkan dalam media sosial kelihatan guru tadika itu seolah-olah hubungan adik beradik dengan artis Angelababy kerana kemiripannya. - KitaReporters


16
15
0
20
0
You will be interested