SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya ingin menimang cahaya mata sendiri sebagai tanda kasih sayang buat mereka hidup berumahtangga. Ada pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun lamanya tetapi masih belum dianugerahi seorang anak dan lebih menyedihkan lagi ada yang langsung tidak mampu mempunyai zuriat sendiri sehingga akhir hayat mereka. : KitaReporters
Gambar hiasan
Bagi mereka (suami isteri) anak-anak adalah ibarat seperti permata yang tiada ternilai harganya anugerah daripada Tuhan Maha Pencipta.
Namun, berlainan pula kisah sedih yang berlaku terhadap seorang ibu muda yang berusia 26 tahun yang dipaksa melahirkan bayinya secara normal sedangkan sebelum itu pihak hospital di bandar Qurem, Brazil telah memberikan pasangan itu sepucuk surat yang menyatakan wanita itu hanya boleh melahirkan anaknya secara pembedahan atau caesarean kerana masalah kesihatan bayi dalam kandungan.
"Isteri saya yang sedang hamil lapan bulan telah dibawa dengan ambulans dari Qurem ke hospital Santa Casa de Misericordia pada jam 6 pagi untuk melakukan pembedahan kerana kandungannya mengalami masalah (kesihatan). Saya juga membawa bersama sepucuk surat (hospital Qurem) berkaitan kandungan isterinya.
"Pihak hospital terus membawa isteri ke bilik dewan bedah setelah tiga jam proses menunggu dan memberikan suntikan ubat bius untuk melakukan proses bersalin secara normal," jelas suami wanita itu.
Kejadian berlaku di sebuah Hospital Santa Casa de Misericordia di bandar Belem, utara Brazil di mana ibu muda itu dipaksa meneran oleh doktor ketika proses kelahiran bayi sedang berjalan.
Rakan mangsa (wanita bersalin) yang enggan dikenali turut menjadi saksi kes kematian bayi yang terputus kepala angkara kecuaian oleh doktor sewaktu ibu bayi melahirkannya.
Terdahulu, beberapa rakan wanita itu yang turut mengiringi beliau telah memberitahu pihak hospital bahawa dia (si ibu) tidak boleh bersalin secara normal kerana dibimbangi menjejaskan keselamatan kandungannya.
Di dalam bilik dewan bedah itu, beberapa orang doktor sedang cuba sedaya upaya menarik bayi itu keluar (tempat peranakan), tetapi malangnya kepala bayi itu pula terputus atau tercabut.
Keadaan menjadi bertambah panik dan cemas apabila badan bayi itu pula tertinggal di dalam rahim si ibu.
Kemudian sisa badan mayat bayi itu terpaksa dikeluarkan juga dengan melakukan pembedahan.
Salah seorang pegawai perubatan telah memaklumkan kepada pasangan itu bahawa anak mereka sudah meninggal dunia lebih awal di dalam kandungan ibunya sebelum dilahirkan.
"Saya kesal dengan tindakan pasukan perubatan hospital itu kerana memaksa isteri meneran seperti orang yang bersalin normal. Sedangkan sudah berkali-kali diberitahu isteri saya tidak boleh bersalin normal.
"Apa yang menyedihkan kepala bayi itu tercabut lalu disambut oleh seorang jururawat dan lalu jatuh ke lantai," jelas ayah bayi malang itu lagi dengan raut wajah yang sugul ketika memberitahu kepada media tempatan.
Manakala salah seorang kakitangan perubatan profesional mendakwa bahawa keadaan bayi tersebut agak kritikal dan telah didapati mati ketika di dalam perut ibu sebelum ia dilahirkan.
Walau bagaimanapun pasangan itu telah membuat laporan polis berikutan kematian anak mereka yang agak mencurigakan dan dianggap cuai. Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci tentang punca kematian bayi berkenaan. - Kitareporters
https://www.the-sun.com/news/1656478/newborn-babys-decapitated-head-fell-floor-brazil/