SEORANG suami berumur 41 tahun di Sulawesi Tengah (Sulteng) yang terlalu sayang untuk melepaskan isterinya bertindak nekad merosakkan rumahnya sendiri selepas mereka bergaduh dan isterinya meminta cerai daripadanya.
Suami terbabit yang bernama H dalam keadaan mabuk begitu marah pada isterinya lalu bertindak merosakkan rumah kediamannya termasuk atap dan dinding rumah selain dia sakit hati terhadap isterinya yang selalu meminta cerai setiap kali mereka bergaduh.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bergaduh
Kejadian yang berlaku di Desa Paisumasoni, Kecamatan Tinangkung Selatan, Kabupaten Banggai Kepulauan (Bangkep), Sulteng kira-kira pukul 8 malam pada Selasa 21 September 2021 lalu mengakibatkan berlaku kekecohan rumah tangga sepasang suami isteri itu yang turut mengganggu ketenteraman jiran tetangganya pada malam itu.
Pergaduhan pasangan suami isteri terbabit dipercayai masalah rumah tangga mereka, akibat bunyi bising dengan perbuatan H yang mengetuk atap dan dinding rumah mereka menyebabkan jiran tetangga tidak tenteram ketika itu.
``Suasana menjadi kecoh serta bising pada kedinginan malam itu, selepas pelaku semasa mabuk bergaduh dengan isterinya sambil dia (pelaku) merosakkan rumah kediamannya sendiri, ‘’ lapor Tribunnews.com pada Rabu, 22 Spetember 2021.
Lantaran itu, salah seorang jirannya telah melaporkan kepada polis Tinangkung dan pelaku ditangkap polis pada pukul 10 malam pada hari kejadian.
POLIS meninjau ke lokasi pada malam 21 September 2021, dalam kejadian seorang lelaki mabuk merosak rumahnya sendiri selepas digugat cerai oleh isterinya. - Kredit foto: Tribunnews.com
Ketua Polis Daerah Tinangkung, Iptu Abdul Harris Hippy berkata pelaku H dalam kedaan mabuk mengamuk menghancurkan rumahnya kerana dipercayai diugut cerai oleh isterinya.
Menurutnya, perbuatan pelaku itu diduga kerana dia tidak mahu
menerima kehendak isterinya supaya menceraikan dirinya (isterI).
``Pelaku mabuk dan mengamuk di rumahnya. Dia tertekan dengan masalah rumah tangga dan tidak mahu melepaskan isterinya,’’ katanya. - KitaReporters
SEBAHAGIAN kerosakan rumah kediaman sepasang suami isteri di Desa Paisumasoni, Tinangkung Selatan, Bangkep, Sulteng akibat perbuatan suaminya sendiri yang marah isterinya minta cerai setiap kali bergaduh. - Kredit foto: Kabar Luwuk