Insan & Komuniti 01 Jul, 2020

Salur darah otak pecah! Rancak menyanyi lagu bernada tinggi!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KEGEMBIRAAN seorang wanita berhibur di pusat karaoke bersama ahli keluarga dan rakan-rakan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia tiba-tiba pengsan di pusat hiburan berkenaan.  Memetik laporan Dailymail, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Zhang dari Dalian dalam wilayah Liaoning, China dikatakan muntah ketika sedang rancak menyanyikan lagu bernada tinggi. : KitaReporters

ZHANG masih bernasib baik sempat menjalani pembedahan segera berikutan saluran darah pada bahagian otaknya ketika sedang rancak menyanyi di pusat karaoke di bandar Dalian, China, baru-baru ini. - Kredit foto: Dailymail.co.uk.


Wanita berusia 55 tahun itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan berjaya menjalani pembedahan kecemasan selama dua jam.

Terdahulu, Zhang dikatakan menyanyikan dua lagu klasik berturut-turut sebelum berhasrat meneruskan lagu ketiga yang juga bernada tinggi.

Namun ketika sedang rancak menyanyi dia tiba-tiba merasakan tidak selesa sebelum termuntah dan pengsan di bilik karaoke berkenaan.

Rupanya dia muntah kerana saluran darah pada bahagian otaknya pecah!

Doktor dari Hospital Dalian yang merawat Zhang berkata, selepas pemeriksaan dan imbasan otak mendapati salurah darah di bahagian otaknya pecah berikutan menarik nada tinggi dalam tempoh yang lama.


Alamak…bahayanya!!!

Dr. Jin yang merawat mendapati kecederaan berkenaan menyebabkan saluran darah tersebut pecah sepanjang 0.09 inci.

Beliau yang juga seorang pakar di hospital berkenaan berkata, salurah darah pecah atau dipanggil aneurisme otak biasanya berlaku disebabkan beberapa faktor kesihatan.

Malah, Zhang sendiri mengakui memiliki penyakit berbahaya iaitu tekanan darah tinggi dan kencing manis.

IMEJ imbasan mendapati saluran darah pada bahagian otak pecah sepanjang 0.09 inci.


Keadaan aneurisme itu terjadi apabila berlaku ‘gelembung udara’ atau pembengkakan pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak, sekali gus menyebabkan pembentukan darah berlaku sebelum menyebabkan saluran darah itu pecah.

Aneurisme otak mempengaruhi arteri otak utama yang mengalir di bawah otak dan dasar tengkorak dan risiko aneurisme pecah terjadi ke atas golongan berusia 40 tahun ke atas.

Ooh ni yang kena hati-hati!!! Bila sampai usia 40.

Keadaan ini amat membahayakan pesakit kerana kerosakan otak boleh berlaku sehingga membawa maut sekiranya tidak diberikan rawatan segera. - KitaReporters

 

1
3
1
1
0
You will be interested