Insan & Komuniti 17 Feb, 2021

Pembedahan potong kaki 9 jam di HKL! SAM bersyukur Fuad Rahim kini dalam keadaan stabil, baik

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan (SAM) berkongsi simpati dan kesedihan atas musibah yang menimpa ahli kami, Fuad Rahim, seorang pengulas dan penyampai sukan bebas di RTM Johor yang kakinya terpaksa dipotong kerana kompilasi saluran darah tersumbat.

Fuad yang sentiasa bersama RTM dalam program-program siaran langsung atau tertunda temasya Sukan SEA, Sukma dan beberapa sukan lain selamat menjalani pembedahan yang berlangsung sembilan jam di Hospital Kuala Lumpur pada 15 Februari 2021.

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM):

https://kitareporters.com/search?search=penulis+sukan



SAM dalam satu kenyataan media memberitahu, kaki kirinya terpaksa dipotong akibat `critical limb ischemia' (salur darah tersumbat tahap 4 secara tiba-tiba)

Untuk menyelamatkan nyawanya, doktor terpaksa membuat keputusan untuk memotong kaki kirinya serta membuat tiga pembedahan untuk menggantikan salur darah di tangan dan kakinya yang tersumbat.



Menurut kenyataan itu lagi, beliau kini dalam keadaan stabil dan melalui perbualan telefonnya dengan Presiden SAM, Datuk Jasni Shafie pada malam 15 Februari 2021, Fuad dalam keadaan yang baik tetapi masih perlu banyak tidur kesan daripada bius ke atasnya.

Fuad berterima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesihatannya dan buat masa ini masih tidak dibenarkan menerima pelawat di wadnya di HKL.
SAM, dalam kenyataan media itu, mendoakan agar Fuad segera sembuh dan bertabah menghadapi ujian ini. - KitaReporters

1
0
7
0
0
You will be interested