Insan & Komuniti 09 Oct, 2021

Video| Suami bakar isteri, anak tiri! Akibat cemburu buta! Tolak mahu lakukan hubungan intim!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

AS suami MS telah ditangkap oleh polis selepas kejadian tersebut. - Kredit foto: detik.news


CEMBURU buta dan nafsu berahi tidak dapat dipenuhi menyebabkan punca seorang suami tega (tanpa belas kasihan) menyiram minyak petrol sebelum membakar isterinya yang sedang mengandung tiga bulan serta anak tirinya di Kecamatan Tongas, Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur

Pada kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 malam pada 29 September 2021 lalu, mangsa yang juga isterinya bernama MS, 31, mengalami luka bakar 80 peratus pada tubuh badannya manakala anaknya, TR, 17, cedera pada kakinya.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan membakar

AS berbaju oren. - Kredit foto: Tribunnews.com



Suaminya yang dikenali AS juga berumur 31 tahun berasal dari warga Desa Tanjung Rejo, Kecamatan Tongas, Kabupaten Probolinggo bertindak sedemikian kerana percaya MS mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain apabila MS sering menolak untuk melakukan hubungan intim banyak kali dengan pelaku (AS)

``AS sering meminta hubungan intim sebanyak lima kali sehari ataupun lebih dan SM yang sedang hamil itu berkeadaan letih tidak sanggup melayani nafsu serakah suaminya.

``Mereka sering bergaduh soal hubungan intim itu kerana pelaku mahu banyak kali dan sekiranya isterinya (SM) tidak memenuhi kehendak nafsu AS, maka AS menuduh isterinya mempunyai hubungan selingkuh dengan lelaki lain,’’ kata seorang pemimpin masyarakat  Peringkat Desa Tanjung Rejo, Buradianto seperti dilaporkan oleh detik.news pada 30 September 2021 lalu.


MANGSA yang sedang hamil tiga bulan dirawat di hospital selepas mengalami luka kebakaran sebanyak 80 peratus pada badan akibat perbuatan suaminya sendiri. - Kredit foto: detik.news


Aksi pembakaran tubuh mangsa terjadi ketika mangsa nekad untuk pulang ke rumah orang tuanya di Pasuruan akibat MS tidak tahan dengan perangai suaminya yang sering cemburu membabi buta itu dan semasa SM keluar dari rumahnya suaminya tiada kerana pergi kerja.

Selepas pulang dari kerja AS mendapati isterinya dan anak tirinya tiada di rumah lalu AS pergi ke rumah bapa mentuanya untuk mencari MS.



Bagaimanapun, dalam perjalanan AS tersempak dengan MS maka berlaku pergaduhan sepasang suami isteri itu di tepi jalan Tongas, Probolinggo.

Sewaktu pertengkaran itu, AS telah menyiram minyak petrol sebelum pelaku mencucuh api ke badan mangsa mengakibatkan mangsa mengalami 80 peratus luka kebakaran pada badannya.

Akibat kejadian itu, MS dikejarkan ke Hospital Grati Pasuruan oleh orang awan untuk rawatan selanjutnya manakala pelaku ditangkap oleh polis dan kes tersebut akan disabitkan Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT). - KitaReporters


SEBUAH motosikal mangsa turut musnah dalam kejadian itu. - Kredit foto: detik.news

17
11
0
16
0
You will be interested