Insan & Komuniti 01 Jan, 2022

Jom infak makanan untuk mangsa terjejas banjir! Membeli sambil beramal bersama KOPETRO Catering!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KOPETRO Catering, salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO), tampil inisiatif membantu meringankan beban mangsa yang terjejas banjir.

Dalam masa sama, KOPETRO menyeru kepada keluarga Malaysia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melalui program infak pek makanan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. 

Tidak terhad kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementera, program infak pek makanan ini juga menyasarkan sumbangan orang ramai turut disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang masih lagi bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan ibadat infak



Dengan tempahan minimum sebanyak 20 pek, orang ramai yang berminat untuk membuat infak boleh memilih dua set menu makanan panas yang mengandungi nasi, lauk-pauk dan air mineral serendah RM7.90 satu pek.

Penghantaran ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah percuma, ihsan daripada KOPETRO Catering.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata program infak pek makanan ini bukan perkhidmatan baharu yang ditawarkan KOPETRO Catering. 

Sejak negara diselubungi pandemik COVID-19 tahun 2020 yang lalu, pihak KOPETRO Catering telahpun membuka peluang kepada masyarakat yang ingin memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui program infak makanan. 

Selain memastikan kelangsungan perniagaan dapat diteruskan tatkala negara berada di bawah perintah kawalan pergerakkan, usaha murni seperti ini memberi peluang kepada masyarakat saling bantu-membantu dengan menggunakan saluran yang betul dan berkesan.



Ahmad Shakir berkata, pihaknya amat prihatin dengan bencana banjir yang melanda negara dan berharap inisiatif KOPETRO mengadakan program infak pek makanan ini dapat membantu mangsa banjir dan barisan hadapan yang terlibat dengan memastikan makanan berkhasiat dapat disalurkan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa berada di pusat permindahan sementara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman KOPETRO,  Mohd. Safwan Zulmani,  berkata, pihak turut menawarkan pek makanan panas, KOPETRO Catering turut menyediakan pakej makanan dan minuman untuk majlis kenduri kahwin, majlis keramaian, majlis makan malam syarikat dan terbaharu pakej minuman untuk mesyuarat maya (virtual meeting), yang telah mendapat sambutan hangat sewaktu PKP rancak diperketatkan.



Mohd. Safwan ditemui sewaktu penyampaian pek makanan di Kampung Bangi Tambahan, memberitahu, sebanyak 200 pek makanan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut hasil infak daripada 6 orang individu yang telah membuat tempahan awal.

Mohd. Safwan memberitahu selain makanan panas, KOPETRO Catering turut menawarkan produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran KOPETRO Food.

Mula memasuki pasaran tempatan sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 21 hidangan lauk-pauk tradisional, antara yang menjadi pilihan popular adalah Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik dan Daging Masak Hitam, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma dan Nasi Putih Daging Masak Hitam. 

Menariknya, semua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan Halal, MESTI dan Buatan Malaysia. 

Terbaik!. - KitaReporters


10
11
0
18
0
You will be interested