SEBAGAI anak semestinya kita mahu membahagiakan ibu bapa selagi usia dikandung badan sebagai membalas jasa mereka yang melahir dan membesarkan kita. Bagi yang bekerjaya sudah tentu keutamaan adalah ibu bapa, melihat kesukaran yang dialami orang tua pasti membuatkan diri terpanggil untuk meringankan beban tersebut. : KitaReporters
RATU hatiku... Asri berbangga dapat mencapai impian dan memudahkan ibunya. - Kredit foto: Twitter @MohdAsriDungun.
Lagi cerita-cerita berkaitan ibu:
https://kitareporters.com/tag/ibu
Malah, apa sahaja yang didiamkan ibu bapa pasti akan dituruti, jika tak mampu pasti ada sahaja usaha dilakukan bagi membahagiakan individu penting dalam hidupnya.
Terbaharu tular di media sosial, seorang anak lelaki
sanggup mengorbankan kehendak diri semata-mata mahu membahagiakan ratu hatinya.
Kongsinya dalam Twitter @MohdAsriDungun, dia bersyukur kerana impian untuk mengubah suai kediaman di kampung terlaksana selepas sekian lama menabung. Katanya kesemua itu dilakukan bagi memberi keselesaan kepada 'kekasih pertamanya' itu.
Malah dengan penuh bangga, anak muda itu meberitahu
ibunya kini tidak perlu lagi berjalan jauh kerana telah menyediakan tandas
di bilik ibunya bagi memudahkan ibunya mengambil wuduk.
Wah ..inilah contoh anak soleh!
Kongsi Asri lagi dia berjaya mengeluarkan simpanan
RM25,000 untuk mengubah suai kediamannya di kampung.
Malah pada akhir perkongsian berkenaan anak muda itu turut mengharap dapat merealisasikan impian sendiri pula suatu hari nanti untuk memiliki kereta selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Jarang sekali kita mendengar pengorbanan anak muda
kerana apa yang sering dihidangkan adalah anak muda akan terus bermewah-mewahan
untuk dirinya sendiri selepas mendapat pekerjaan.
NETIZEN menzahirkan rasa bangga dengan sikap sambil menitipkan doa kepada Asri supaya urusannya pula dipermudahkan.
Malah tidak salah jika dikatakan belum tamat lagi
tempoh percubaan dalam pekerjaan sudah berjaya membeli kereta idaman.
Tak salah pun nak merasa hasil titik peluh sendiri
kan!
Tapi lebih mulia jika anak itu membantu ibu dan
bapanya sebagai menghargai jasa mereka dalam membentuk dirinya sebagai seorang
manusia.
Semoga kisah Asri ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda hari ini untuk tidak melupakan orang tua apabila berjaya kelak!
Kepada Asri yakinlah niat ikhlasmu untuk membahagiakan orang tuamu pasti berbalas. Semoga urusanmu dipermudahkan! - KitaReporters