Kisah Insan 11 Oct, 2020

Negatif COVID-19! Jemaah Masjid Ulul Albab dibenarkan pulang

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

“ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah kerana kami semua diberi kesihatan yang baik dan tiada gejala COVID-19 yang menimpa ahli Jemaah Masjid Ulul Albab, Seberang Jertih, Terengganu selepas menjalani kuarantin selama lima hari.” Itulah luahan gembira Muhamat Mustaffa, 65, dari Kampung Kenjeng, Jertih. : KitaReporters

Muhamat Mustaffa, jemaah Masjid Ulul Albab yang di kuaratin


Lagi cerita-cerita berkaitan Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Muhamat bersama 22 lagi rakan Jemaah Masjid Ulul Albab sebelum ini diarah menjalani kuarantin di Wakaf Tapai, Marang selepas dikaitkan dengan kontak rapat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Jemaah terbabit mengambil tindakan membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pasir Akar, Hulu Besut, susulan Dr Zulkifli disahkan positif COVID-19 dan menjalani rawatan serta kuarantin

Ahli Jawatankuasa Masjid Ulul Albab bergambar kenangan bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Jemaah Masjid Ulul Albab yang dikuarantin telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


Sebelum ini, pada 25 September 2020 Dr Zulkifli telah datang ke masjid tersebut dan sempat menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. Malah, beliau turut membaca khutbah selain bersalaman dengan orang ramai dan bergambar kenangan ahli Jawatankuasa masjid tersebut.

Gambar dari Facebook Dr Zulkifli ketika membaca khutbah di Masjid Ulul Albab Jertih


Muhamad berkata, mereka dimasukkan ke pusat kuarantin di Wakaf Tapai, Marang pada 6 Oktober 2020 dan telah dibenarkan pulang pada semalam, Sabtu 10 Oktober 2020.

Katanya, dalam tempoh lima hari berada di pusat kuarantin kumpulan tersebut menjalani dua kali ujian dan semuanya negatif.

Petugas KKM menanggalkan gelang pada tangan Muhamad selepas dibenarkan pulang dari pusat kuarantin.


Berikutan itu, kumpulan terbabit dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 10 Oktober 2020 dengan menaiki sebuah bas khas dari Wakaf Tapai ke Besut.

“Sepanjang tempoh berada di pusat tersebut kumpulan Jemaah terbabit tidak putus-putus memohon restu daripada Allah supaya mereka tidak dijangkiti COVID-19,” katanya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang menjaga jemaah berkenaan dan sentiasa memberi motivasi kepada Jemaah.

Sementara itu, pihak berkuasa agama membenarkan aktiviti keagamaan di masjid tersebut dengan solat Jumaat pada 9 Oktober 2020 lalu selepas ditutup selama lima hari untuk kerja-kerja nyahkuman (disinfeksi).

Notis penangguhan menjalankan aktiviti agama dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Besut

Bagaimanapun, kebenaran tersebut hanya untuk tujuan solat lima waktu dan Jumaat sahaja, manakala aktiviti lain masih tidak dibenarkan. - KitaReporters

You will be interested

Laporan polis! Doktor sebabkan bayi lahir kepala terputus?

Seorang ibu, sepatutnya lakukan caesarean, bersalin secara normal di sebuah hospital di Brazil. Akibatnya kepala bayi terputus semasa ditarik keluar oleh doktor

Khabib bersara! Petua Khabib menang 29 kali adalah ayahnya!

Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah. Saya berjanji dengan ibu dan saya perlu tunaikan, hari ini pertarungan terakhir saya dalam UFC - Khabib Nurmagomedov
Sarfarizmal Saad in Kisah Insan 7 hours ago

Pasal hutang beli online game je! Budak bunuh rakan sendiri!

Kerana sakit hati dan marah kepada rakannya yang tak membayar hutang untuk membeli online game, seorang kanak-kanak berusia 16 tahun tergamak membunuh rakannya
Zul Akmar Jamaludin in Kisah Insan 13 hours ago

Pesara askar rayu bantuan JKM! Anaknya OKU hidup terlantar!

Pesara tentera, Arrifin Mat Lazim rayu JKM agar bantuan untuk anaknya seorang OKU yang hidup terlantar dan tidak dapat bergerak atau berjalan disambung semula
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Bantuan tiba! Untuk berkeperluan di Taman Negara Kuala Tahan

Sumbangan barangan keperluan dapur oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan dan ADUN Tahan, Mohd Zakhwan kepada seramai 400 penduduk Taman Negara Kuala Tahan
Haris Fadilah Ahmad in Kisah Insan 1 day ago