Kredit foto: IG Clarence House
SEBAB cinta itu buta dan orang yang jatuh cinta itu pula tidak menduga perbuatan mencintai pasangan yang 'salah orang dan bukan waktunya' akan memaksa mereka membayar harga yang tinggi untuk memujuk orang ramai supaya `merestui` kisah silam cinta mereka.
Itulah yang dilalui bakal raja Britain, Putera Charles yang kini berdepan krisis kepimpinan kesan hubungan cinta dengan isterinya, Camilla Parker Bowles, termasuk kematian isteri pertamanya, mendiang Lady Diana Spencer.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Putera Charles
Charles dan Camilla. - Kredit foto: Getty Images/esquire.com
Kecaman itu bukan saja daripada media, influncer (selebriti berpengaruh) malah dibangkitkan oleh kalangan keluarganya sendiri termasuk Putera Harry yang `melarikan` diri ke Amerika Syarikat bersama anak isterinya bahawa bapanya dingin dan enggan melayan panggilan telefonnya selepas memutuskan meletak jawatan keluarga diraja.
Selain itu ada ura-ura Charles akan mengecilkan saiz keluarga kerabat bekerja. Malah putera mahkota itu diberi macam-macam gelaran, terbaru raja `zalim`.
Ini kerana dia dilaporkan `enggan` memberi gelaran putera dan puteri untuk cucunya, Lilibet dan Archie. Kurniaan gelaran itu hak milik penuh kuasa bapa.
Masa muda Charles terkenal kaki perempuan dan skandal Tampongate dengan Camilla jelas memberi kesan sangat buruk bagi reputasinya.
Pasangan aristokrat sehingga artis Hollywood. Dia dikatakan mengulangi perangai bapa saudaranya, Edward Albert Christian George Andrew Patrick David atau Edward VIII.
Raja Edward akhirnya turun takhta selepas berkahwin dengan janda dari Amerika, Wilis Simpson dan mati dalam buangan di Paris.
Edward dan Willis Simpson. Kena turun takhta kerana utamakan cinta kepada janda.
Sebagaimana kata Camilla kali pertama bertemu Charles, moyang saya pernah menjadi gundik raja dan kita patut `teruskan` hubungan itu.
Semakin dekat menaiki takhta, muncul pula suara `sumbang`yang mempertikaikan reputasinya sebagai ketua negara yang `berdaulat`. Walaupun putera raja itu giat menjalankan kempen perhubungan awam dengan kerjasama beberapa media bertujuan `membersihkan nama" dia dan Camilla.
Jika berterusan mungkin besar menjejaskan reputasinya menggantikan bondanya, Ratu Elizabeth II.
Ini semua kesan `amukan` cintanya yang membuak-buak sejak muda. Secara terbuka berselingkuh dengan Camilla Shand, isteri bekas kekasih adiknya Puteri Anne iaitu, Andrew Parker Bowles. Andrew terpaksa `merelakan` isterinya menjadi gundik putera itu.
Andrew sendiri pula `dikebas` daripada Anne oleh Camilla untuk menjadi suaminya bila hubungan Camilla dengan Charles `putus`, sebelum Charles berkahwin dengan Lady Diana. Malah hubungan itu berterusan ketika berkahwin dengan Diana.
Macam mana orang ramai tidak kecewa kerana putera raja itu bukan saja akan menjadi ketua negara malah pelindung agama.
Bagaimanapun, Camilla tidak akan menggunakan gelaran Ratu (Queen Consort) sebaliknya Puteri (Princess Consort) bila Charles jadi raja. Pada masa ini Camilla memakai gelaran Duchess of Cornwall.
Akhbar The Express melaporkan Camilla juga ada hubungan rumit sejak lama dengan kerabat istana.
Hubungannya dengan Charles sejak remaja tidak direstui ibu dan neneknya. Malah ketika `merosakkan` rumah tangga Charles-Diana, Ratu Eizabeth pernah meminta setiausaha Charles mencari jalan `membuang` wanita itu daripada keluarga diraja, sebaik Diana meninggal dunia pada 1997.
Malah di sebalik tumpuan kepada Diana yang menjadi pengantin pada malam pertama lagi, cerita kecurangan Charles-Camilla mengiringi laporan berita dunia. Ini melukakan Diana, sampai bawa `mati`.
Kini Charles seolah-olah `mendesak` orang England yang sudah pun agak `janggal` agar menerima Camilla, menjadi`permaisuri`mereka.
Petikan laporan BBC, sebelum ini Camilla disifatkan`watak hitam' dalam kerabat diraja itu dan Diana sendiri menyifatkan Charles sebagai `putera kegelapan` kerana tidak segan silu bermain cinta dengan isteri orang semasa menjadi suaminya.
Kredit foto: IG Clarence House
Anne dan Andrew
Akhbar negara itu menyebut hubungan cinta mereka - Charles, Camilla, Andrew dan Anne - ini macam silang kata atau cinta empat persegi.
Camilla bukan setakat `merampas` Putera Charles daripada Diana malah terlebih awal `mencantas` hubungan Andrew yang sedang berkasih-kasihan dengan adik iparnya sendiri, Puteri Anne, adik Charles.
Apabila mereka bertembung pada Jun 2021 lalu, Andrew tiba-tiba muncul pertama kali dengan Anne pada acara perlumbaan kuda terbaik, Royal Ascot dan duduk`di kotak`tetamu diraja, ia jadi bahan sindiran media.
Andrew melihat bekas isterinya `bahagia` di sisi Charles dan seorang yang pernah dicintainya masa remaja, Puteri Anne turut hadir. Kasih`bertaut` buat Andrew yang kini kembali bujang ketika usia 81 tahun selepas isteri barunya mati kerana barah.
Malah kisah cinta empat persegi itu akan disiarkan dalam The Crown musim terbaharu, memaparkan Andrew dalam episod menjadi bekas kekasih Puteri Anne dan bekas suami Camilla. Andrew muncul sebagai lelaki `penyelamat` yang reda menerima takdirnya.
Cinta terlerai sebab orang ketiga... Diana-Charles dan kedua-dua putera mereka kini sudah menjadi bapa.
Lebih mulia hatinya, dia masih mengekalkan hubungan baiknya dengan Anne dan turut menjadi tetamu masa perkahwinan Camilla dan Charles, mungkin tanpa ada rasa dendam atau iri hati.
Andrew bertemu Anne awal 1970-an kerana kedua-duanya berkongsi minat dalam sukan berkuda.
Dalam masa yang sama, Charles mengorat Camilla Shand, anak bekas pegawai tentera selepas kali pertama bertemu di padang polo. Ketika itu putera itu berusia 22 tahun dan wanita itu dua tahun lebih tua.
Cinta Charles-Camilla tidak direstui Ibu Ratu dan Ratu Elizabeth II kerana mereka dikatakan tidak sama darjat dan istana memilih keturunan Spencer. Selepas Charles dihantar ke luar negara sebagai cara memutuskan hubungan, Camilla memikat pula Andrew dan mereka bernikah pada 1973.
Mereka bercerai pada 1995 atas alasan tidak sehaluan. Tiga tahun sebelum itu, sudah heboh Charles dan Camilla sedang berseronok sebagai raja dan gundik.
Sementara itu, selepas dikecewakan oleh Andrew, Anne memilih menjadi isteri Kapten Mark Philip pada 1973 dan bercerai, sebelum bernikah pula dengan Timbalan Admrial Sir Timothy Lawrence pada 1992. Charles berkahwin dengan Diana pada 1981 dan 15 tahun kemudian bercerai. - KitaReportes
Selepas 37 tahun berpisah kerana Andrew memberitahu Anne dia memilih Camilla, akhirnya acara Royal Ascot kembalikan temukan Anne-Andrew Parker Bowles. - Kredit gambar: AP Photo/Sean Dempsey/PA