Insan & Komuniti 15 Jul, 2020

Tipah tertipu! Shah Rukh Khan Malaysia tular! Guna FaceApp!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

APA? Datuk Shah Rukh Khan berada di Temerloh, Pahang tengah makan durian? Biar betik! Alamak ‘Tipah Tertipu’ rupanya. Gara-gara aplikasi ‘FaceApp’ seorang penebar roti canai dikenali sebagai Fendi Ismail terus jadi popular dan trending dalam media sosial apabila wajahnya dilihat mirip bintang Bollywood terkenal itu. - KitaReporters

Ini Fendi Ismail ke atau Shah Rukh Khan? - Kredit foto:  IG Fendi Ismail.


Ini gambar Fendi Ismail tanpa FaceApp. - Kredit foto: IG Fendi Ismail


Kecoh seketika dalam laman sosial apabila Fendi Ismail memuat naik gambarnya yang kelihatan mirip Shah Rukh Khan (SRK) tetapi sebenarnya wajah asalnya tidaklah sebegitu rupa.

“Ramai pula keliru, kata mata saya macam Shah Rukh Khan. Patutlah asyik ada orang pandang je. Seram rasa. 

"TQ yang belanja durian petang ini,” tulisnya dalam Facebook setelah mendapat lebih 1 juta komen dan  lebih1.6 juta perkongsian.


Antara komen-komen netizen berbunyi :

“Disebab nak tahu perkara sebenar terpaksa stalk fb pakcik nih ... Maaf ye pakcik..”. 

“edit rupe nye ,…haha, terbaik’ 

“Edit..adoi..patut la tngok gambar n video len nmpk tua xsama plak tu” 

"Kalau tak edit pun gaya gak SRK. Version tua sikit'...

Ekoran itu, ternyata rata-rata kaum wanita yang sudah tentunya peminat SRK rasa kecewa apabila tahu perkara sebenarnya. 

Dalam pada itu, ada juga yang kata Fendio mirip Adi Putra... macam-macam lah komen netizen...




Lebih melucukan apabila antara netizen yang meluangkan masa memberikan komen adalah seorang lelaki yang mendakwa SRK yang diperkatakan ramai itu adalah ayahnya. Wow!


Haha… warga emas rupanya, memang betullah ‘tipah tertipu’ seperti lagu nyanyian kumpulan Ruffedge kan? 

Tapi apa pun gara-gara itu Fendi Ismail semakin popular malah katanya ramai juga wartawan yang menghubunginya. 

Khabarnya, wajah Fendi hanya kelihatan mirip Shah Rukh Khan melalui gambar yang diedit, waima jika bertemu secara depan, wajahnya berbeza. 

Tetapi bila tatap lama-lama ada juga rasanya mirip SRK tak gitu?

Berdasarkan daripada maklumat Facebook miliknya, Fendi Ismail yang berasal dari Temerloh ini bekerja sebagai penebar roti canai selain menjadi salah seorang AJK di sebuah masjid.


Barangkali Fendi juga peminat SRK waima gambar profile dalam laman Facebooknya memperlihatkan tebing sungai dengan logo Temerloh, diselitkan wajahnya yang mirip SRK, tetapi bertengkolok dengan pin lambang Malaysia iaitu bulan dan bintang.

Apa pun dalam posting terbaharunya kira-kira lebih 8 jam lalu, Fendi memuat naik video Shah Rukh Khan melalui saluran Youtube Fendi Ismail TV-nya bagi menjelaskan keadaan sebenar. 

SRK dilihat ditemu ramah dan bercakap dalam bahasa Malaysia menggunakan suaranya agaknya.

Kata Fendi “Abang Shah Rukh Khan dah explain tu, harap selepas ini dunia kembali normal lah.” 

Melalui video itu, Fendi meletakkan pula caption bertulis 'Muka sama, Shah Rukh Khan yang ke-8'. 

Iyalah  kan orang kata dalam dunia ini ada tujuh orang yang mukanya sama.... jadi meletakkan dirinya sebagai yang ke-8.

Nak tahu lanjut apa katanya jom layan…. - KitaReportes



7
6
1
5
5
You will be interested