Insan & Komuniti 26 Jul, 2020

Bantu pemain hoki sekolah Kedah! Rumah hangus! Tumpang surau

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

PEMAIN Hoki Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kedah (MSSK), Che Zulfikal Che Zulkifli, 15, bersama ibu bapa dan adiknya terpaksa menumpang di surau Kampung Kongsi Enam, Bedong, Kedah selepas rumah mereka hangus dijilat api pada 22 Julai 2020 lalu. Kebakaran pada hari Rabu itu mengakibatkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang termasuk kayu hoki yang menjadi kesayangannya. : KitaReporters

Kebakaran yang menghanguskan rumah Che Zulfikal dan ahli keluarganya.


Pemain Hoki Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kedah (MSSK), Che Zulfikal Che Zulkifli 


Lagi cerita-cerita mengenai "bantu kami.." :

https://kitareporters.com/search?search=bantu+kami


"Saya amat sedih dengan kebakaran ini yang mengakibatkan kehilangan semua dokumen, pakaian dan kayu hoki milik saya," kata Che Zulfikal kepada mantan Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, yang juga bekas pemain hoki negeri tahun 1979 hingga 1984, Mohamed Rafed Ismail.

Rumah Che Zulfikal yang terbakar hangus.


Sementara itu, Mohamed Rafed ketika dihubungi melahirkan rasa sedih dan terharu kepada keluarga ini.

Beliau berharap semua pihak dapat membantu pelajar tingkatan tiga ini kerana dia aktif dalam sukan hoki.

Che Zulfikal, katanya, pernah memenangi berapa gelaran dan hadiah antaranya Johan MSSK bawah 18 (2020), bawah 14 Kebangsaan (2019) dan muncul sebagai pemain terbaik Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kuala Muda / Yan bawah 15 tahun 2020.  

Mohamed Rafed melihat rumah Che Zulfikal


"Kita harus membantu keluarga Che Zulfikal untuk memiliki rumah baru dan membantu mencapai impiannya menjadi pemain hoki negara kelak," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, mereka yang ingin menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh menghubungi talian 019-4750619 (Cikgu Jaafar) atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun Hong Leong 296-50-18009-6 (Nor Hayati Mustapa – ibu). - KitaReporters

Mohamed Rafed (tiga dari kanan) menyampaikan kayu hoki, wang, barangan keperluan harian dan jersi kepada Che Zulfikal.

10
0
9
0
1
You will be interested