Insan & Komuniti 29 Dec, 2024

Video| Ya Tuhan kuatkan aku! Bakal isteri lari sehari sebelum bernikah! Ikut bekas kekasih juga rakan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Hari pernikahan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh individu kerana ia merupakan detik untuk beralih ke alam baharu dalam kehidupan.

Namun jika Tuhan tidak mengizinkan, sesuatu majlis nikah itu tidak akan berlaku mulus. Mungkin akan berlaku situasi sedih seperti kemalangan dan seumpamanya atau peristiwa yang lebih mendukacitakan dan mengecewakan.


Restu kecewa perkahwinannya batal sambil menunjukkan pakaian untuk pengantin wanita yang sudah siap.

Seorang lelaki bernama Restu Bangkit Pratama, 27,  dari Banyuwangi, Jawa Timur sudah dapat membayangkan malam pertama yang bahagia apabila sudah sah sebagai suami pada 6 Disember 2024 kerana sudah 11 tahun berpacaran dengan pasangannya. 

Persiapan untuk majlis resepsi perkahwinan sudah diatur rapi dengan dekorasi dan makan minum dan kad undangan sudah dihantar kepada tetamu.

Tetapi sehari sebelum majlis akad diadakan Restu menerima berita tidak terduga. Bakal isterinya menghilang. 

Menurut keluarga pihak bakal isteri, tunangnya sudah melarikan diri ke bandar lain bersama bekas kekasihnya. Dan kedua-duanya dikatakan sudah berkahwin senyap-senyap di bandar itu.

Lebih menghampakan Restu ialah apabila mengetahui perampas tunangnya adalah rakan baiknya sendiri.


Video luahan kecewa Restu dimuat dalam akaun TikTok @sayidkandiyas809 dan tular. "Rencanamu lebih hebat Tuhan daripada apa yang aku inginkan, kuatkan hamba Tuhan," tulisnya dalam postingan TikTok.

Videonya  mendapatkan respons daripada pengguna TikTok. Kebanyakan netizen bersimpati dengan nasib Restu dan berharap dia tabah menghadapinya dan berharap akan mendapat pasangan hidup yang lebih baik dan setia pada waktu terdekat.

Majlis resepsi tetap dijalankan dengan dijadikan majlis makan biasa untuk para tetamu. Kebanyakan tetamu tidak mengetahui majlis resepsi telah dibatal lalu tetap membawa hadiah perkahwinan dan envelop wang hadiah. - KitaReporters

22
12
0
12
0
You will be interested