Insan & Komuniti 24 Jul, 2022

Pasangan warga emas nekad pakat bunuh diri bersama! Tapi hanya si isteri mati! Suami kini didakwa!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENGAKU terlalu sayangkan isterinya, seorang warga emas dari Manchester, England mengaku mengelar leher isterinya sehingga mati dalam pakatan membunuh diri bersama-sama.

Namun perancangan mereka tidak menjadi hanya isterinya, Dyanne Mansfield sahaja yang meninggal dunia namun Graham Mansfield, hanya pengsan seketika sebelum dikejarkan ke hospital selepas membuat keputusan untuk membunuh diri.

Pengakuan berkenaan dibuat oleh warga emas berusia 73 tahun itu ketika dalam perbicaraan di Mahkamah Manchester, 21 Julai 2022 lalu selepas dituduh membunuh isterinya sendiri dalam kejadian 24 Mac 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bunuh diri



Memetik laporan Mirror.co.uk, kejadian berkenaan berlaku hasil persetujuan bersama suami isteri.

Warga emas itu mengakui keputusan untuk membuat pakatan membunuh diri bersama dicapai bersama Dyanne selepas wanita yang dinikahi sejak 40 tahun lalu disahkan mengalami kanser paru-paru.

Kerana tidak sanggup untuk melalui kehidupan bersendirian sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku kepada isterinya, pasangan berkenaan membuat keputusan untuk melakukan pakatan bunuh diri bersama.

Akui lelaki yang pernah berkhidmat sebagai pengendali bagasi di Lapangan Terbang Manchester itu berkata, cadangan untuk membunuh diri bersama merupakan perkara yang dicadangkan oleh Dyanne.



Katanya isterinya yang terlalu sedih selepas disahkan mengalami kanser paru-paru tahap empat pada Oktober 2020, ada bertanya kepada dirinya sama ada sanggup membunuhnya sekiranya keadaan kesihatan semakin kritikal.

Lalu Graham yang terlalu menyintai isterinya mengakui sanggup melakukan apa sahaja kepada isteri malah menyifatkan tindakan membunuh isterinya dilakukan atas dasar cinta.

Dia meletakkan syarat kepada Dyanne untuk membunuh dirinya sendiri selepas melakukan tindakan tersebut supaya mereka bukan sahaja melalui kehidupan di dunia sebaliknya terus kekal bersama.

Pada malam pada 22 Mac 2021, pasangan berkenaan melakukan perjalanan bersama ke Buxton dan Macclesfield bagi mencari kawasan yang sesuai untuk memeterai ‘perjanjian’ mereka sebelum memilih kawasan  yang tenang untuk dijadikan tempat terakhir mereka.



Kongsi lelaki tersebut sebelum mengelarkan leher isterinya, dia juga sempat bertanya kepada Dyanne sama ada sudah bersedia atau tidak.

Katanya selepas isterinya menyatakan kesediaan berkenaan dia kemudian berdiri ke arah belakang isterinya yang sedang duduk di atas kerusi sebelum mengelar leher sehingga Dyanne meninggal dunia.

Dia juga cuba untuk membunuh dirinya sendiri dengan mengelar pergelangan tangannya namun pengsan seketika sebelum tersedar pada keesokan harinya.



Dia terus menghubungi pasukan polis lalu menceritakan kejadian sebenar.

Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 1980 itu selepas berkenalan di sebuah kelab di Woodhouse Park di Wythenshawe pada malam tahun baharu 1974 itu membuat keputusan untuk berkahwin selepas enam tahun bercinta.

Mereka yang dikenali sebagai pasangan romantik dan ceria memiliki hobi dan minat yang sama seperti berkebun, menunggang basikal selain menghabiskan masa bersama dengan aktiviti sihat.

Graham mengakui Dyanne merupakan seorang wanita yang baik dan membahagiakan kehidupannya sepanjang hidup bersama.

Malah, mengakui tidak boleh meneruskan kehidupan sekiranya salah seorang daripada mereka tiada lagi. - KitaReporters


 

 

 

8
17
0
8
0
You will be interested