Insan & Komuniti 17 Feb, 2024

Baucar tunai kepada 200 penerima di Melaka! Sempena Tahun Baharu Cina! Sumbangan berjumlah RM30k!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Kasih Misi Sampul Merah telah menyumbang sejumlah RM30,000 kepada 200 orang penerima yang layak di negeri Melaka. 

Melalui kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri, sumbangan ini diharapkan dapat membantu dan memberi keceriaan kepada mereka yang meraikan Tahun Baharu Cina. 

Setiap keluarga yang menerima sumbangan ini akan memperoleh baucar tunai yang boleh digunakan di rangkaian pasar raya Speedmart berhampiran tempat mereka. 

Baucar ini boleh ditebus dalam tempoh setahun dari tarikh yang tercatat di atas baucar tersebut. 

Sumbangan ini disampaikan oleh Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin kepada Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka. 

SWM Kasih Misi Sampul Merah adalah sebahagian daripada usaha berterusan SWM Environment untuk menyantuni golongan sasar dalam mereka meraikan perayaan Tahun Baharu Cina. 

SWM Environment akan terus aktif dalam pelbagai inisiatif kebajikan dan kelestarian khususnya di kawasan-kawasan perkhidmatannya. 

“Sempena Tahun Baharu Cina, orang ramai terus diingatkan untuk elakkan pembaziran makanan. Kami di SWM Environment menyeru orang ramai untuk mengamalkan aktiviti pengasingan sisa di punca dan kitar semula dalam kehidupan harian. 

"Ianya adalah usaha bersama dalam menjaga kelestarian alam kita. Dengan bersama-sama melakukan langkah kecil ini, kita dapat mencipta impak positif yang besar pada persekitaran.” tambah beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media


19
10
0
13
0
You will be interested