Insan & Komuniti 23 Jan, 2023

Syabas Yayasan Petronas! 300 penduduk Pantai Timur diraikan! Sentuhan Kasih Festive Tahun Baharu Cina!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


SERAMAI 300 keluarga kurang berkemampuan yang tinggal di negeri-negeri Pantai Timur diraikan oleh Yayasan Petronas sempena Program Sentuhan Kasih Festive Tahun Baharu Cina 2023. 

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly  Ramli berkata, program tersebut merupakan salah satu komitmen berterusan Petronas untuk membantu menyediakan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan. 

Katanya, Program Sentuhan Kasih Festive Tahun Baharu Cina ini menyasarkan kumpulan masyarakat B40 sama seperti Program Sentuhan Kasih Festive bagi perayaan utama lain yang diraikan di negara ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tahun Baharu Cina


Pegawai Daerah Pegawai Daerah Kemaman Farhan Abd Wahab (baju batik) meraikan komuniti warga Tionghwa pada majlis anjuran Yayasan Petronas


"Hasrat kami adalah supaya program ini dapat membantu membangkitkan keceriaan dan kegembiraan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan sempena musim perayaan,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, sumbangan kali ini berbentuk bekalan makanan asas dan barangan bertemakan perayaan Tahun Baharu Cina itu disampaikan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 100 keluarga masing-masing di Kemaman, Terengganu; Bentong, Pahang; dan Kota Bharu, Kelantan.


Yayasan Petronas menyumbangkan peralatan oksigen di Rumah Ehsa,Kuala Kubu Baharu,Selangor


Beliau berkata, sumbangan bagi penerima di Kemaman disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat serta turut dihadiri Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid di dalam satu majlis di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina SRJK (C), Kemaman. 

Antara bekalan makanan asas yang disampaikan termasuklah beras, minyak masak, gula, garam, tepung, sardin, milo dan teh uncang serta kekacang. 

"Selain itu, setiap keluarga juga turut menerima barangan bertemakan perayaan seperti mi kering, minyak bijan, sos taucu dan cendawan kering," ujar beliau.

Menurut Mohammad Ahmad Shazly, sehingga kini seramai 2,150 keluarga kurang berkemampuan telah diraikan oleh Yayasan Petronas melalui Program Sentuhan Kasih Festiv  Tahun Baharu Cina 2023 ini yang membabitkan 13 buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan. - KitaReporters


Penghuni di Rumah Ehsan, Kuala Kubu Baharu, Selangor diraikan oleh Yayasan Petronas

9
12
1
8
0
You will be interested