Insan & Komuniti 05 Nov, 2022

Video| Ismail Sabri: Terima kasih sayang! Sweet dan romantik betullah Pak Long ni! Netizen rasa kagum!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


DI SEBALIK kejayaan seorang lelaki yang hebat, bebayang di belakangnya adanya ahli keluarga yang penuh semangat dan tidak pernah putus asa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi

Doa, rasa teruja dan kebimbangan mengenai perjalanan karier dilindungi sepenuhnya dengan menyerlahkan kasih sayang mereka.

"Terima kasih sayang! Setia menunggu dari jam 9 pagi. Dan BN Bera yang setia, memberi kekuatan," begitu catatan terbuka calon Parlimen Bera, Pahang yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada 'penyokong kuatnya' iaitu isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang kelihatan berdiri bersama-sama penyokong suaminya ketika majlis penamaaan calon.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PM Ismail Sabri Yaakob 




Netizen kagum dan sangat terpikat dengan 'kata-kata cinta manis sayang itu, sambil memuji sweett betullah Dato ini"  ketika mereka memberi komen satu liputan gambar yang menunjukkan Muhaini yang menunggu suaminya pada majlis penamaan calon yang muat naik dalam TikTok pada 5 November, 2022.

Sepanjang lebih 30 tahun Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Muhaini di depan khalayak. 

Sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’. Walau tidak selalu menemani Ismail Sabri, namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercintanya.



Hayati Zahari dalam komennya memberikan lambang love berwarna putih biru berikrar akan membantu semua calon Pilihanraya Umun ke-15 (PRU15) untuk kemenangan beliau yang kemudian disokong oleh Daddy Long yang memberitahu, "Anak Raub hadir, keluarga Kerayong juga hadir semoga Bera milik YB." 

Fetaabdull turut berdoa, "Semoga beroleh kemanangan pada dato, selepas Tun Mahathir, Datuk Seri Najib, Dato PM yang saya sangat respek." Dan Zumie Hana turut mencelahkan komennya mendoakan semoga beroleh kemenangan. Terbaik Datin. 

Manakala seorang lagi netizen memberi pujian, "Sweett betula Dato ini dan romantik betul Pak Long ni," kepada Ismail Sabri.

Wan Azuati turut memupuk semangat perjuangan, "Fighting Pak Long Mail." - KitaReporters



11
13
0
10
0
You will be interested