Insan & Komuniti 13 Nov, 2022

Video| Salam Kesetiaan Keluarga Malaysia di Bera! Tiada wang ringgit bolehku bayar! - Ismail Sabri

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

"SEPANJANG kempen pilihan raya kali ini, saya banyak bertemu kembali kenalan dan penyokong setia saya dan Barisan Nasional sejak saya mula menceburi politik. 

"Saya melihat jerit perih akar umbi, yang menggantung bendera, yang menunggu di pondok dalam cuaca panas terik, yang menyediakan juadah kepada jentera secara rewang. Semuanya atas nama kesetiaan." 

Demikian luahan rasa sebak calon Parlimen Bera yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika beliau turun padang untuk berkempen bersama-sama dengan penduduk kampungnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ismail Sabri Yaakob


Jutaan terima kasih dari hati saya. Khidmat yang tidak dapat dibayar dengan nilai wang ringgit.


Dalam catatan hatinya dalam Facebook Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata, "Hari ini (8 November, 2022)  saya bertemu penyokong veteran UMNO, Encik Hamid, Encik Bakar dan Encik Ahmad di Felda Sebertak

"Mereka yang berusia lebih 70 tahun, sanggup datang ke program kami seawal pagi dan menyapa saya, bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN. 

"Ini nilai yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Inilah penghargaan yang perlu beri semula kepada penyokong dan pengundi kita dengan khidmat bakti terbaik buat mereka

"Parti ini bukan soal individu, parti ini soal setiap peluh dan keringat, yang tidak pernah lelah memberi sokongan, walau apa jua yang datang," katanya.

Ismail Sabri berkata dia paling seronok menikmati suasana desa. 

"Tetap paling best. Berjumpa, berbual, sambil berkempen dengan orang-orang kampung yang saya amat sayangi. Malam tadi, saya pergi ke tiga Bilik Gerakan BN iaitu Kg Mengkarak, PAKR Padang Luas dan Taman Seri Bera. Turut bersama saya, calon DUN N37 Guai, Datuk Sabariah Saidan."

"Walau hujan lebat, tidak mematah semangat kami semua untuk bersua sebagai sebuah keluarga.
Selepas bersama-sama dengan Keluarga Malaysia di DUN Guai dan DUN Kemayan. Semalam, saya ke DUN Triang untuk bertemu dengan masyarakat Cina di Kg Menteri.

"Saya doakan semua jentera di seluruh negara bekerja dengan penuh semangat demi kestabilan dan kemakmuran." katanya.



Sebelum itu Ismail Sabri sempat singgah menyampaikan hajat seorang kakak bernama Salamah Omar, peneroka di Felda Bukit Mendi yang tidak berapa sihat. Keluarganya memaklumkan kepadanya dan sudah beberapa hari asyik sebut nak jumpa PM. 

"Katanya kalau tak dapat jumpa cukup saya lambai dari dalam kereta bila lalu depan rumah. Kita singgahlah sekejap untuk bertanya khabar kerana kami pun lalu di depan rumahnya. Semoga lekas sembuh, Kak Salamah. Insya-Allah saya doakan selalu," katanya.

Jadual kempen PM padat sejak penamaan calon dan acaranya bermula sejak pagi dengan berkunjung ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, sebelum petang yang sama bertemu dengan Keluarga Malaysia di DUN Kemayan.

Menariknya dalam Program Kenduri Rakyat bersama Komuniti Bandar Kemayan ini mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum tidak kira Melayu, Cina dan India.

"Seronok dapat beramah mesra dan bertanya sendiri khabar mereka yang menjadi nadi keharmonian DUN Kemayan." kata beliau lagi. - KitaReporters


18
7
0
11
0
You will be interested