Insan & Komuniti 24 Nov, 2022

Sultanah Kelantan anugerah untuk rakyat Tanah Rendah Sekebun Bunga! Penyeri Hari Keputeraan Sultan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



SULTANAH Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah semakin selesa dan menyerlahkan ketrampilannya yang anggun dan ceria ketika berangkat turun padang menemui rakyat jelata negeri itu dan acara rasmi negara.

Rata-rata rakyat Kelantan memuji kejelitaan Sultanah yang juga peramah apabila kelihatan menemani Sultan Muhammad V berangkat ke majlis santapan malam sempena meraikan hari keputeraan sultan dan ulang tahun perkahwinan, di Istana Negeri Kubang Kerian pada 12 November 2022.

Turut sama berangkat Raja Perempuan, Tengku Anis Al-Marhum Tengku Abdul Hamid; Tengku Mahkota Kelantan serta Che Puan Mahkota Kelantan, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Putri Al-Marhum Sultan Ismail Petra, Tengku Maharani Putri serta tetamu tuanku.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sultanah Kelantan


Sultanah Kelantan rasmi dilantik dengan gelaran Sultanah Kelantan itu pada 2 Ogos 2022.

Instagram Kelantan D'raja (Official) @istanakelantan dan Unit Media Pejabat Sultan Kelantan yang menjadi media rasmi aktiviti diraja itu, turut menyiarkan Sultanah beramah mesra dengan kerabat keluarga diraja yang diterima mengadap.

Tuanku kelihatan semakin teruja dapat menyesuaikan diri dengan protokol diraja dan tetap kekal dengan sikap peramahnya ketika menyapa rakyat dan orang-orang kenamaan istana. 

Sikap lemah lembut itu terserlah ketika dilihat menyapa pegawai istana dan melambaikan tangan kepada kenamaan lambang terima kasih ketika majlis sempena sambutan hari keputeraan ke-53 Sultan yang diraikan di seluruh negeri dengan pelbagai acara sejak 12 November 2022.

Sultan dan Sultanah berkenaan ke istiadat pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar. Sultan Muhammad V turut berkenaan mencemarkan duli ke istiadat pemeriksaan barisan kehormatan.

Sebelah malamnya Sultan turut berangkat di majlis solat hajat dan doa selamat di Masjid Muhammad, Kota Bharu.


Keberangkatan Sultanah Kelantan ke istiadat pengurniaan diraja.


Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Temenggong Kelantan serta kerabat D’Raja Kelantan.

Menyambut keberangkatan tiba Tuanku ialah Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan, pimpinan Kerajaan Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri serta Persekutuan.

Majlis solat hajat dipimpin oleh Imam Besar Negeri Kelantan, Muhamad Hana Pizi Abdullah manakala bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan,  Dato’ Mohamad Shukri Mohamad. 



Ternyata jadual Sultanah Kelantan padat dengan jadual pertemuan dengan keluarga diraja Kelantan sambil mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Al-Marhum Tengku Abdul Hamid ke atur cara diraja.

Pada 9 Oktober 2022 lalu, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima mengadap Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Dato’ Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang berlangsung dalam majlis santai di Istana Negeri Kubang Kerian.

Turut sama hadir ialah Tengku Sri Kelana D’Raja, Dato’ Seri Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, lebih dikenali Dato’ Seri Shah Rezza.



 

Bersama Tengku Puan Temenggong Kelantan.


Pada 20 November 2022, Sultan dan Sultanah Kelantan berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Persembahan Majlis Orang-Orang Besar D’Raja Kelantan bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Tuanku diiringi oleh Tengku Mahkota Kelantan dan Tengku Bendahara Kelantan.

Menyambut keberangkatan, Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan isteri, Dato’ Timbalan Menteri Besar dan isteri, Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan dan isteri, pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan, Kerabat D’Raja Kelantan serta pegawai kanan Kelantan dan persekutuan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan. 


Tuanku berdua turut menerima mengadap Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Keso’ma Mastika dan diiringi oleh Shah Rezza.

Shah Rezza yang popular sebagai model dan pelakon pada tahun 80 dan 90-an. Beliau antara pelakon yang menjadi pujaan remaja terutama daripada filemnya—Marah-Marah Sayang, Balik Kampung, Jejaka Perasan dan Kolej 65.

Shah Rezza turut merakamkan album Pedoman dan pemilik syarikat Nusantara Gems yang bertanggungjawab menjayakan perkahwinan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dengan  Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Menurut Wikipedia, pada April 2022, Shah Rezza telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Sri Kelana D’Raja oleh Sultan Muhammad V. - KitaReporters


Gembira bertemu 'bonda' ucap Tengku Mahkota.

9
9
0
16
0
You will be interested