Insan & Komuniti 23 Oct, 2025

Anda berminat? Pelapis tugas sosial! Pertubuhan Sukarelawan Kasih dedahkan remaja kepada kerja amal!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Pembabitan generasi muda atau remaja dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merupakan perkara yang sangat positif dan penting untuk pembangunan diri mereka dan juga masyarakat secara keseluruhan. 


Mohd Nazri Abdul Latif menzahirkan harapan tinggi untuk menyediakan pelapis bagi PSK dalam ucapan perasmian kejohanan boling itu.


Dengan menyertai NGO, terutama dalam kerja sukarela, membolehkan mereka mendedahkan diri kepada kesusahan orang lain yang secara tidak langsung dapat memupuk nilai murni seperti belas kasihan, tanggungjawab sosial dan kerendahan diri.

Aktif dalam NGO juga memberi peluang remaja mengasah kemahiran insaniah yang penting seperti kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, pengurusan masa dan penyelesaian masalah malah menjadikan pengalaman berharga untuk masa depan kerjaya atau pendidikan mereka.

Sebagai membina pelapis ahli, Pertubuhan Sukarelawan Kasih (PSK), Semenyih, Selangor, membawa golongan remaja pada Kejohanan Boling Amal Sukarelawan Kasih 2025 untuk pendedahan pergaulan dengan mereka yang sudah lama terbabit dalam kerja amal kebajikan bersama-sama NGO dianggotai mereka.


Mohd Nazri (kanan) bersama petugas PJMM dan PJNH yang sudah lama terbabit dalam kerja amal kebajikan menerima cenderahati dari PSK.


Pengerusi PSK, Mohd Nazri Abdul Latif, berkata selepas ditubuhkan lebih 19 tahun lalu, pertubuhan itu berasakan sudah tiba masa untuk menarik lebih ramai dalam kalangan remaja menjadi pelapis bagi memastikan PSK terus hidup serta aktif dalam kerja amal khusus membela nasib mereka yang memerlukan pembelaan.

Menurutnya, dia yakin perkara itu bukanlah satu masalah untuk mendidik remaja menyertai NGO berkenaan kerana asas melakukan pelbagai aktiviti kemasyakatan sudah dipupuk sejak mereka menyertai persatuan atau kelab pada peringkat sekolah.

Tambahnya, mungkin hanya ada sedikit perbezaan apabila mereka menamatkan alam persekolahan dan meneruskan pengajian pada peringkat kolej atau universiti serta meneruskan pembabitan dalam pertubuhan atau kelab di institusi pengajian tinggi memberi impak yang lebih besar.

Jelasnya, apabila menamatkan pengajian serta berkerjaya, kita akan menarik mereka sebagai tenaga muda untuk menyertai PSK sebagai aktiviti dalam komuniti di samping memberi kelebihan untuk mempraktikkan semula ilmu dan pengalaman yang dimiliki ketika belajar dahulu bagi diserap dalam NGO disertai.


Pengerusi PJMM, Azman Rasman menerima sumbangan derma daripada Mohd Nazri bersempena kejohanan boling itu.


“Pada kejohanan ini PSK menarik lebih 30 anak ahli yang masih belajar dan sudah menamatkan pengajian menyertainya supaya dapat bergaul dengan ahli persatuan kebajikan atau sukarelawan Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih dan Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang di Selangor untuk memahami tugas apabila menjadi ahli NGO.

“Petugas dan sukarelawan dua pusat jagaan ini bersikap terbuka dan bersedia untuk memberikan penerangan serta berkongsi pengalaman seperti menyantuni warga emas disamping sering menyertai kerja amal kebajikan bersama-sama komuniti dan NGO lain bagi membantu masyarakat yang memerlukan pembelaan,” ujarnya pada kejohanan itu yang berlangsung pada 12 Oktober 2025, di Bangi, Selangor.

Pada kejohanan itu, Mohd Nazri menyerah sumbangan derma hasil infak ahli dan orang ramai kepada dua pusat jagaan berkenaan yang masing-masing turut menghantar satu pasukan untuk bertanding dalam acara boling itu.

Beliau berkata, pada kejohanan itu, PSK mendedahkan kepada ahli pelapis salah satu cara untuk membina ukhuwah yang baik dengan ahli-ahli NGO iaitu melalui aktiviti bersukan, manakala menang atau kalah bukanlah satu taruhan wajib perlu menjadi sasaran.

“PSK akan menyusun beberapa aktiviti selepas ini khususnya untuk mendedahkan ahli pelapis dalam kerja amal kebajikan, menyantuni warga emas, anak yatim serta komuniti dalam propram yang diadaka n supaya mereka tidak berasa kekok,” ujarnya lagi. - KitaReporters


Mohd Nazri (berdiri di tengah) merakamkan kenangan bersama ahli generasi muda PSK pada Kejohanan Boling Amal Sukarelawan Kasih 2025. 

10
19
1
12
0
You will be interested