Insan & Komuniti 24 Mar, 2025

Video| Satu lagi kematian dicemburui! Meninggal selepas solat subuh, hari Jumaat dalam bulan Ramadan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Masjid Rahmah, Desa Paya Bujok Tunong di Kota Langsa, Aceh Timur. - Kredit foto: Facebook

Satu lagi kematian yang dicemburui terjadi di Aceh, Indonesia.

Seorang lelaki bernama Irwan Usman, 43, meninggal selepas solat subuh di Masjid Rahmah, Desa Paya Bujok Tunong di Kota Langsa, Aceh Timur, Aceh pada hari Jumaat, 21 Mac 2025 dalam bulan Ramadan, lapor portal berita Serambinews.com.

Jemaah masjid tidak menyedari lelaki itu sudah meninggal kerana dia seperti tidur setelah solat. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid memperlihatkan kejadian yang disifatkan sebagai husnul khatimah itu dengan jelas.

Dalam rakaman video itu, terlihat mangsa selesai solat. Tidak lama kemudian dia kelihatan tertunduk hingga akhirnya seperti sedang sujud. 

Dalam keadaan sujud mangsa kemudian bersandar dan terbaring pada jemaah di sebelahnya yang kelihatan kebingungan.



Setelah para jemaah mula meninggalkan masjid, lelaki itu masih terbaring. Setelah beberapa minit beberapa jemaah cuba menggerak-gerakkan badannya namun tetap tidak bergerak dan didapati tidak bernafas.

Situasi itu tular setelah dimuat naik akaun Instagram @tercyduck.aceh, pada Sabtu, 22 Mac 2025.

Kebanyakan netizen kagum dengan kematian yang senang itu dan mendoakan lelaki ini meninggal dunia dalam husnul khatimah.

Kematian dalam masjid banyak terjadi di pelbagai daerah di Indonesia. Namun kematian selepas solat subuh, hari Jumaat dan pada bulan Ramadan jarang-jarang terjadi. - KitaReporters

11
14
0
10
0
You will be interested