Insan & Komuniti 04 May, 2025

Video| Cerita misteri? Telur elok tersusun atas meja! 3 biji telah dimakan! Ada hantu raya, toyol?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Bayangkan anda masuk ke dapur dengan niat nak masak, minum atau makan tetapi tiba-tiba ternampak beberapa biji telur elok tersusun atas meja. Tanya ahli keluarga atau rakan serumah, tiada siapa yang tahu dan mengaku. 

Jadi, siapakah yang menyusun telur tersebut?

Perkongsian seorang wanita mengenai telur yang tersusun elok atas meja ketika berada di rumah temannya menimbulkan tanda tanya sama ada kepada dia dan teman-teman serta netizen.



Dalam video yang dikongsi, kelihatan beberapa biji telur tersusun sebaris atas meja di bahagian dapur. Menurut empunya video, @syfka.widad dia berkongsi video tersebut kerana mahu jawapan daripada orang ramai.

“Mula-mula tiga telur pecah ada benda makan. Kemudian benda itu susun telur pula. Ada yang tahu?" soalnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai dan menimbulkan persoalan serta andaian. Malah, video yang dikongsi itu mendapat sebanyak 4.6 juta tontonan! 

Namun, ada juga yang masih keliru atau tidak faham apa yang sebenarnya terjadi.



“Tolonglah kemas kini. Jangan biar tergantung. Kenapa ni?

Soalan tersebut dijawab oleh empunya diri. Menurutnya kejadian tersebut berlaku di rumah temannya. 

Ketika waktu tengah hari, mereka dapati ada beberapa biji telur yang tersusun atas meja tetapi tidak tahu siapa yang melakukannya. Walaupun dalam ketakutan, mereka tetap mengambil video.



“Ada benda susun telur waktu tengah hari. Selepas itu, kita orang takut dan buat video. Lepas itu kawan letak balik telur dalam bekas. 

“Sebenarnya mula-mula kita orang berpeluk terus dan tengok keliling. Selepas itu baru gelak sebab dengan kawan rapat. Jadi, semua benda jadi lawak,” jelasnya.



Seperti biasa, ada beberapa netizen mula membuat andaian. Ada yang cakap benda yang menyusun telur itu adalah hantu raya. Menurutnya, hantu raya memang suka menyusun barang. 

“Biasa yang susun-susun gini hantu raya. Ibu saya pernah cerita rumah lama dia dulu benda ni suka susun telur dan bawang. Rajin orangnya,” cerita netizen tersebut.



Manakala ada juga yang mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh toyol. Menurutnya, toyol sukakan benda bulat seperti telur. 

“Aku pernah nampak toyol weh! Sumpah seram. Aku nak pergi tandas ia tengah guling telur kat lantai. Lepas itu aku lari sambil nangis sebab ia pandang aku. Selepas itu mak aku bangunlah keluar bilik disebabkan aku.

“Saya tak tahu nak cakap tapi arwah oni saya kata toyol memang suka benda bulat. Ia akan kira benda itu satu persatu sebab toyol tak bijak mengira. Tak tahu betul atau tak,” kongsinya.



Selain itu ada yang mendakwa ia perbuatan tikus. Namun, disangkal oleh empunya video kerana telur-telur tersebut disimpan dalam bekas tertutup di atas rak tinggi. Tak logik pula kalau tikus pandai buka penutup bekas. 

“Cikti (tikus) weh! Cikti kat rumah mak aku suka susun macam ni. Berderet ia susun tempurung kat atas lantai stor,” katanya.

Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada jawapan konkrit dan jitu. Hanya andaian demi andaian dibuat oleh netizen. 

Tidak kisahlah sesiapa yang buat, tapi sebagai orang Islam sentiasa amalkan surah tiga Qul untuk elak daripada gangguan syaitan. - KitaReporters


12
14
0
7
0
You will be interested