Insan & Komuniti 09 Mar, 2020

BANTU KAMI!! BANTU KCAPS, BANTU REMAJA OKU

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

KELAB Chapter Patriot Anak Perlis (KCAPs) Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini melancarkan kutipan sumbangan bagi membantu Nik Hassan Kasim, 22, yang mengalami masalah kesihatan sejak umur lapan bulan. : KitaReporters


Pengarah projek Muhammad Saniy Samsudin berkata, sumbangan wang, keperluan dapur, katil dan tilam diperlukan untuk memberi keselesaan kepada remaja orang kurang upaya (OKU) ini.

Menurut Muhammad Saniy, Nik Hassan terpaksa ditinggalkan oleh bapanya, Kasim Daud, 52, pada sebelah pagi kerana menjual roti canai di taman berhampiran rumahnya di Taman Jaya Baru, Changlon, Kedah.

"Bapanya terpaksa bekerja dan menguruskan Nik Hassan kerana ibunya meninggal kira-kira lima tahun lalu akibat kencing manis," sambung Muhammad Saniy ketika ditemui di Sintok, Kedah baru-baru ini.

KCAPs akan berusaha membantu Nik Hassan dan bapanya terutama menjelang Ramadan nanti.

Pihak Busana Noriah dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sintok juga telah menyatakan persetujuan untuk membantu keluarga ini.

Bagi mereka yang ingin membantu dan menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh menghubungi talian 0103812866 / 0182936567 dan 0174729890 untuk keterangan lanjut.

Sumbangan juga boleh dibuat terus ke dalam Akaun Bank Simpanan Nasional milik bapanya, Kasim Daud bernombor 02111-41-00003147-2. - KitaReporters

Pengarah KCAPs, Muhammad Saniy Samsudin

1
1
0
0
0
You will be interested