Insan & Komuniti 24 Feb, 2020

SAYA TAK NAK SEDEKAH, MAHU KERJA - NOR SHILA

@wan noor hayati wan alias (allahyarham)
Memulakan kerjaya kewartawanan di Utusan Malaysia pada 2008 hingga 2013 sebelum meneruskan kerja di Berita Harian. Pernah menerima Anugerah Kajai pada 2014.

Share this

NOR SHILA ABDULLAH bersama anak lelakinya akan meneruskan kehidupan tanpa bergantung harap kepada sedekah semata-mata. Selagi bernama manusia, dia akan diuji, ada macam-macam ujian, namun melalui ujian itu pasti ada hikmah dan terselit rahsia- Nya. : KitaReporters.com

Nor Shila Abdullah (kiri) bersama anak lelakinya dan penulis.


Bagi sesetengah individu wang adalah segala-galanya, malah ada yang bertuhankan wang.

Bagaimanapun dalam kos sara hidup yang semakin melambung hari ini, masih wujud individu berhati mulia yang sanggup menolak wang yang disalurkan semata-mata mahu menggunakan kudrat yang ada untuk meneruskan kehidupan.

Seorang asnaf mualaf, Nor Shila Abdullah, sanggup menolak secara baik ketika ada yang ingin bersedekah kepadanya rentetan kisah hidup Nor Shila yang dikongsi dengan pemilik akaun Facebook Ibu Yati (https://www.facebook.com/wannoorhayati.alias).

Ibu tunggal yang memiliki seorang anak lelaki ini berkongsi cerita bahawa ada yang bertanya nombor akaun banknya, tetapi dia enggan terima sebaliknya menyatakan hasrat mahu bekerja.

"Masalah cari kerja yang sesuai kerana anak saya masih bersekolah darjah empat dan tiada siapa yang menjaganya ketika saya keluar bekerja.

"Jadi kerja yang sesuai setakat ini adalah mengambil upah membersihkan rumah orang kerana saya boleh bawa anak bersama," katanya.

Terdahulu, pemilik akaun Facebook Ibu Yati menceritakan bagaimana Nor Shila berhadapan kemiskinan, disisihkan keluarga selepas memeluk Islam sehingga tidak mampu membayar sewa bulanan rumahnya.

Pihak zakat yang menjalankan siasatan ke atas laporan itu, bagaimanapun tidak dapat menyalurkan bantuan kerana dirinya tidak memiliki akaun bank.

Nor Shila tidak dapat membuka akaun bank kerana ketika itu belum menerima MyKad dengan nama Islam sejak lima bulan permohonan dibuat.

Bagaimanapun selepas kisah hidup didedahkan, masalah itu sudah selesai dia sudah menerima MyKad dengan nama Islam dan kini sedang memulakan fasa baru hidupnya. 

Bagi mereka yang mahu menawarkan pekerjaan kepada Nor Shila untuk membolehkan dia berdikari, bolehlah menghubungi dia melalui talian 014 9625425

Semoga Nor Shila tabah menghadapi dugaan, dan berpegang kepada prinsip hidup yang tidak berhambakan wang semata-mata. - KitaReporters.com

6
0
0
0
0
You will be interested