Insan & Komuniti 25 Mar, 2024

Opah Ngomel| Video| Aduh! Patah gigiku! Pembeli kenalah berhati-hati! Berhemat ketika berbelanja!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


KAN sampai boleh patah gigi tu! Selain itu ada yang tidak bernasib baik terbeli makanan basi dan yang paling banyak luahan ialah harga makanan sudah naik mendadak. 

Kejadian ini dikatakan ada pembeli yang patah gigi apabila seorang menunjukkan di TikTok dia makan popia goreng sambil menunjukkan sebatang giginya yang patah.

Dia menulis di videonya, "Tergadai masa depan aku." Dia turut menyindir dengan menunjukkan popia itu perlu ditumbuk baru boleh makan.



Jika sebelum ini orang ramai komplen peniaga cekik darah tapi kali ini ada yang "tambah" sindiran itu yang berbunyi, jika tidak pandai memasak, takpe janganlah berniaga di bazar Ramadan. 

Dengan sesi persekolahan yang turut bermula dalam bulan mulia ini dan pertengahan bulan pula, orang ramai memilih mengambil sikap berhati-hati untuk berbelanja. Lagipun hari raya pun perlukan duit juga sama ada membeli kuih muih, minyak, tol, duit raya dan balik kampung kena ada RM1,000 hingga puluh-puluh ribu itu.

Sejak bermula 1 Ramadan akan bermula pada 12 Mac 2024 , orang lebih memilih untuk bersikap berhati-hati. Bukan itu saja, keadaan nilai wang yang tidak stabil dan cukai SST dinaikkan kepada 8 peratus ramai masih belum "bebas berbelanja".




Opah Ngomel beberapa hari sebelum puasa bermula, meminta peniaga menjadikan tahun ini sebagai bulan puasa yang lebih baik. Janganlah kejar untung tanpa mengambil kira kesucian Ramadan. 

Kita tidak mahu menjadikan Ramadan bulan yang diingati dengan kejadian pelik termasuk menjual kuih muih basi, karipap tiada isi atau murtabak yang banyak bawang saja. 

Nampaknya masih ada lagi yang tidak memikirkan perihal itu kerana bagi mereka, asalkan terjual. Mana-mana orang yang dapat juadah tidak elok itu, dikira nasib diri merekalah ya!.

Apapun Nasi tomato, ayam percik, nasi Arab, nasi beriani, nasi ambang, murtabak, roti John, tepung pelita dan karipap masih menjadi jualan yang kekal dan laris di bazar. 

Rata-rata netizen yang viralkan juadah itu juga menyebut air tebu, ikan bakar, popia basah, ayam golek, air mangga, kebab juga tidak ketinggalan.



Banyak yang diluahkan ialah harga makanan yang turut naik dan masih ada yang menyindir "berniaga macam hendak pergi tunai haji balik hari,". Sebenarnya sewa tapak niaga dikatakan mahal tahun ini. Ada tapak itu disewakan RM17k sehingga RM30k bagi tempoh sebulan. Yang menjadi mangsa ialah pembelilah.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika Covid melanda negara itu, sewa tapak di bazar dalam lingkungan RM7,000 saja sebab kawan Opah yang berniaga nasi pagi menempah dua lot.



Cuma agak sedihlah dalam beberapa hari ini, Opah melihat banyak paparan peniaga air balang yang rata-rata tidak begitu bernasib baik membuang air niaga selepas maghrib. 

Biasanya pada hujung senja, peniaga lelong air dalam 3 plastik RM10 ringgit. Tahun ini rata-rata menyifatkan tiada rezeki dan kelihatan sana sini, air dicurahkan daripada balang yang tidak terjual. 

Malah ada pula yang mencelah dengan hantaran dalam media sosial, memberitahu mereka mampu memperolehi untung RM10k sehari berniaga air. Ini membuatkan sesetengah peniaga air balang lain pula ketakutan - bimbang dilawati Lembaga Hasil Dalam Negeri tu!



Bagi Opahlah kita ada pilihan sama ada hendak ke bazar atau tidak. Jika ibu yang rajin mereka boleh menyediakan makanan sejuk beku buatan sendiri. Konsepnya sama dengan makanan sejuk beku yang kita beli di pasar raya dan kemudian dipanaskan dalam ketuhar.

Bagi wanita bekerja, hujung minggu masaklah beberapa lauk kegemaran keluarga dan sejuk bekukan (frozen). Masa hendak berbuka ambil makanan itu panaskan dan tambahlah lauk mudah-mudah seperti telor dadar atau sayur digoreng kilas atau ulam-ulam dicicah dengan sambal belacan sudah cukup enak.

Opah sudah lama menyediakan makanan sejuk beku ini untuk anak-anak disebabkan jadual kerja dan bila sudah ada makanan siap dipek begitu, tak adalah kita terburu-buru masuk dapur kerana semuanya sudah ada. 

Lagipun menyediakan masakan di rumah lebih bersih dan selamat. Pengalaman Opah makan bersama kawan-kawan di sebuah medan makanan yang nampak tempat itu sangat bersih. Tapi tiga kawan Opah dikejarkan ke hospital swasta (dia ada kad insurans perubatan) yang dikenakan caj rawatan RM26K tu!

Jadi bagi Opah lebih baik kita berhati-hatilah kerana pencegahan itu lebih baik kan? - KitaReporters


9
13
0
11
0
You will be interested