KETIKA usia Putera William tak sampai pun 14 tahun tetapi anak sulung Lady Diana itu pernah berkata, "Kalau saya menjadi raja nanti, saya akan benarkan gelandangan ini tidur di istana."
Ungkapan itu mungkin masa itu, dianggap keletah kanak-kanak yang prihatin apabila melihat orang lain dalam kesusahan.
Tapi kini kata-kata itu dikotakan oleh William sebaik saja diberi gelaran Putera Wales dan ditabalkan sebagai pewaris takhta Raja Britain kerana putera itu terus mengambil langkah luar biasa untuk membasmi kemiskinan dan gelandangan dalam tempoh lima tahun ini.
Hasrat ini dicapai dengan membina rumah mampu milik yang akan ditaja oleh Yayasan Diraja Britain dan badan-badan kebajikan Britain untuk kediaman golongan itu.
Begitu mulia hati yang dididik oleh Lady Diana semasa hidupnya supaya anak-anak mempunyai sikap prihatin terhadap gelandangan di Britain.
William dan Kate Middleton akan menggunakan pertubuhan sukarela mereka, Yayasan Diraja Britain dan badan kebajikan lain untuk turun padang membantu menyediakan skim perumahan dalam usaha menghapuskan masyarakat jalanan di negara kaya di Eropah itu.
Sebab itu Putera Wales yang membuat pengumuman itu dengan menetapkan tempoh lima tahun bermula 2023 bagi menyediakan perumahan itu sebagai usaha meneruskan wasiat dan legasi ibunya, Lady Diana.
William yang dipetik oleh Reuters melancarkan skim "Homewards" ditaja oleh Yayasan Diraja Britain secara percubaan di enam bandar dan bandar raya sebagai satu 'projek pilot' (projek induk) yang akan dijadikan pelan tindakan (blue-print) untuk dikembangkan sebagai projek diraja di seluruh negara,
William bersama Seyi Obakin, Ketua Eksekutif Centrepoint. - Kredit gambar Centrepoint.
Ketika berucap pada Isnin, 27 Jun 2023 lalu di Kelab Mosaic di Selatan London anjuran sebuah badan sukarela yang membantu pesakit mental, William memberitahu dia rasa sangat dekat dengan gelandangan kerana ketika kecil, ibunya membawanya untuk melihat krisis kemiskinan dalam masyarakat itu.
Pada 2009, William turut tidur bersama gelandangan ketika musim salji untuk merasai kesusahan mereka. Malah bekerjasama dengan Dave Wilson untuk menjual majalah "Big Issue" yang selalu dijual oleh gelandangan.
"Ketika berusia 11 tahun saya dibawa melawat kawasan geladangan oleh ibu. Perasaan itu memberi kesan melekat di jiwa. Sedih dengar keluahan ramai rakyat yang luar biasa. Cara terbaik ialah meneruskan misi ibu membantu gelandangan dengan menyediakan tempat tinggal kepada mereka.
"Gelandangan boleh digambarkan sebagai "seseorang tanpa kerja tetap yang merayau dari tempat ke tempat dan hidup dengan mengemis," katanya.
Projek itu idea sempena sambutan hari jadi William yang ke-41.
Skim perumahan itu ditaja dengan dana permulaan RM17.7 juta (AS$4.8 juta atau 3 juta pound) dari yayasan diraja, badan sukarela William dan Kate Middleton di samping turut sama menyumbangkan kepakaran dan perkongsian.
William yang membantu seorang temannya, Dave Martin menjual majalah - Big Issue, di Kota London pada 20 Jun 2023.
"Dalam tempoh lima tahun lagi, saya yakin akan mempunyai kepakaran untuk membina satu projek baru yang lebih inovatif dan memberi kesan yang luar biasa.
"Berdasarkan pelan Homewards, kami yakin akan dapat menghapuskan masalah gelandangan," katanya yang akan menjelajah untuk berkongsi projek dan menemui mereka yang terbabit dalam isu berkenaan.
Yayasan diraja itu menganggarkan lebih 300,000 warga Britain yang sebahagian besarnya adalah kanak-kanak tidur dalam kereta, menumpang di rumah perantaraan, asrama dan rumah saudara mara.
Angka itu akan terus meningkat kerana kos sara hidup yang semakin mahal.
Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang dipetik oleh The Guardian.com menyifatkan pertambahan 8,329 gelandangan pada 2021-22 kepada 10,053 pada 2022-23 sebagai "amaran tahap bahaya" dan Ketua Ekskutif "Homeless Link frontline charity pula, berpendapat jumlah itu "paling teruk". - KitaReporters
Diana selalu melawat "bandarkardbod" pusat gelandangan dekat Stesen Waterloo.