PADA kala hampir 2.5 billion menyaksikan pertabalan Raja Charles III yang menggantikan ibunya, Ratu Elizabeth II menaiki takhta kerajaan diraja England ada seglintir rakyatnya yang 'marah' dan melakukan demonstrasi dengan sepanduk sambil menjerit "kamu bukan raja kami" dan "turun takhta".
Tetapi dengan selamba, pegawai istana menyifatkan kejadian itu tidak sedikitpun melukakan perasaan raja kerana beliau sudah kerap berdepan dengan bantahan seperti itu sebelum ini.
Mereka yang tergolong dalam kumpulan antimonarki membantah bukan saja pertabalan itu yang dikatakan menggunakan duit cukai dibayar oleh rakyat , malah ada yang bertindak memboikot acara rasmi selepas lebih 70 tahun kerana 'geram' dengan tindakan menaikkan darjat Camilla daripada queen consort (permaisuri/isteri raja) kepada seorang queen (ratu).
Agensi berita Aljazeera.com melaporkan Polis Metropolitan London menahan ketua gerakan antimonarki bersama lebih 50 orang yang lain kerana mengadakan demonstrasi ketika istadat pertabalan Raja Charles yang berlangsung di gereja Westminster Abbey pada 6 Mei 2023. Polis menempatkan lebih 11,000 anggotanya untuk mengawal Kota London itu.
Surat terbuka daripada pembaca The Guardian, netizen negara itu turut menghentam polis yang menangkap para pembantah berkenaan kerana kata mereka demokrasi disekat kerana rakyat negara itu harus terbuka dengan kritikan rakyat.
Pada 9 April 2023 ialah ulang tahun perkahwinan ke-18 Charles dan Camilla yang kemudian ada pihak cuba manipulasikan keadaan pada 11 Mei lalu, dengan menyebarkan gambar Camilla dan Charles seperti sudah lama "berkahwin".
Mereka dipaparkan seperti mereka itu 'adalah' Diana-Charles dalam bentuk gambar yang diubah suai menjadi muda dan cantiknya Camilla.
Bagaimanapun ia tidak mampu mengatasi pertabalan oleh rakyat sedunia kerana ketika acara pertabalan berlangsung, netizen dalam TikTok terus menerus menabalkan Lady Diana sebagai Ratu Rakyat dan Ratu England dalam Tik Tok dengan memakaikan mahkota pada Diana yang diletakkan atas kepala Camilla itu.
Malah ada yang menyindir ketika mahkota itu bukan milik Camilla selepas dilihat ia longgar dan raut wajah Camila yang ketakutan. Dilaporkan Charles merestui Camilla menjalani memulihkan wajah permaisurinya untuk menghilang kedut untuk kelihatan cantik ketika acara pertabalannya.
Seolah bersaing sapa yang dipilih, dua tiga hari jugalah, TikTok viralkan Diana yang memakai mahkota dan ditabalkan oleh jutaan penonton dengan pelbagai aksi gambar yang sungguh menawan. Tidak kurang, rata-ratanya mempersalah raja itu sebagai punca kematian Diana kerana selagi Diana hidup dia tidak boleh berkahwin.
Tidak kurang juga memaparkan gambar malaikat maut yang dikatakan terkocoh-kocoh melarikan diri ketika perarakan anggota adat istiadat pertabalan melakukan acara berkenaan.
Malah Camilla juga diperlihat cuba bergegas keluar dari beranda Istana Buckingham dengan menunjukkan simbol tangan "dah cukup" ketika Charles masih memerlukan dia berdiri di sampingnya untuk melambaikan tangan kepada orang ramai.
Charles mengucapkan selamat hari jadi buat cucu dan sesiapa saja yang tidak hadir di acara pertabalannya. - Kredit Getty Image
Sebelum itu, jurucakap parti buruh Lisa Nandy dilaporkan berkata tangkapan pada pendemonstrasi berkenaan adalah satu kesilapan besar dibuat oleh polis dan walaupun pihak berkuasa berkenaan dikatakan menyesal menahan enam lelaki itu.
Sementara itu Putera Harry menjadi kerabat diraja pertama meninggalkan London dengan bergegas ke Lapangan Terbang Heathrow untuk memenuhi janji meraikan ulang tahun puteranya, Archie.
Harry berada di London tidak sampai 24 jam dan ketidakhadiran dia pada pertabalan bapanya menjadi satu saat sedih apabila Charles dikatakan mengucapkan selamat hari lahir buat cucunya 'di mana saja dia berada'
Selepas Harry dan isterinya, Megan Markle melepaskan jawatan keluarga diraja bekerja, mereka pindah dan bermaustautin di California, Amerika Syarikat. Bila diundang ke majlis pertabalan itu, hanya Harry datang bersendirian dan diletakkan bersama sepupunya di barisan ketiga termasuk Puteri Eugenie of York.
Harry yang tidak disenaraikan untuk berada di balkoni terus bergegas menaiki kereta diraja menuju ke lapangan terbang. - KitaReporters
Raja George VI dan Ratu Elizabeth ditabalkan sebagai raja di Westminster Abbey pada 12 Mei 1937 lima bulan selepas Raja Edward VIII turun taktha untuk berkahwin dengan janda dari Amerika, Wallis Simpson. Itu yang rakyat mahu raja sekarang melepaskan jawatannya.