Insan & Komuniti 22 Apr, 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023M! Maaf zahir batin! Daripada kami warga kerja KitaReporters!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023M! 

"Taqabbalallaahu minnaa wa minkum taqabbal yaa kariim, wa ja'alanaallaahu wa iyyaakum minal 'aaidin wal faaiziin wal maqbuulin kullu 'ammin wa antum bi khair. (Semoga Allah menerima (amal ibadah Ramadan) kami dan kamu. Wahai Allah Yang Maha Mulia, terimalah!)

Maaf zahir dan batin.

Amalan berpuasa beri pahala

Agar diri jadi hamba berguna 

Selepas sebulan kita berpuasa

Kini tiba masa berhari raya

.

Habis puasa, zakat dilunaskan

Barulah lengkap amalan ibadat

Banyak salah silap dilakukan

Harap dimaafkan dunia akhirat

- Gamal Nasir Mohd Ali, Editor KitaReporters

Gema takbir memecah alam

Sahut menyahut memuji Allah

Tangan dihulur bertaut salam

Maaf dipinta khilaf dan salah 

.

Padang Besaq dalam Peghelih

Ronda-ronda dengan skuter

Kasih sayang jangan beralih

Tetap bersama KitaReporters 

- Rodly Fadly, Mojo di Selangor

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Ampun maaf ikhlas dipinta 

Semoga hidup kita diberkati

Aman damai gembira sentiasa
- Mohammad Ishak, Mojo di Terengganu

Dua tiga kucing dok berlari-lari

Mana nak sama si oyen saya

Dua tangan disusun, rapat 10 jari

Mohon maaf zahir batin di Aidilfitri

- Kartini Mohd Noor @ Opah Ngomel, Mojo di Selangor


Padang Besaq kecik aje

Tempat Siam lalu lalang

Hari Raya kita berbelanja

Tapi jangan banyak hutang

- Samsudin Oli Mohamed, Mojo di Kedah

Warna warni di Aidilfitri

Sudah lama duduk menanti

Hanya kata pengganti diri

Mohon ampun seikhlas hati

.

Jaga hati jaga diri

Didik diri lebih memahami

Tangan dihulur maaf diberi

Biar kasih kekal bersemi

- Normala Hamzah @ Sembang-Sembang, Mojo di Kedah

Cenderawasih burung di awan

Hinggap makan di pohon ara

Salam kasih hamba hulurkan

Maaf dipohon di pagi raya.

- Mohamed Saari, Mojo di Johor

Bad Cute ke Shah Alam

Hendak membeli mercun papan

Tangan dihulur bertaut salam

Tanda kita saling bermaafan

- Badrolhisham Bidin, Mojo di Selangor

Dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh

Sambut Raya Bersama  Besan
Hulurkan Tangan Berhati Bersih
Di Aidilfitri Mohon Kemaafan
- Fariza Saidin @ Impak Maksima, Mojo di Selangor

Tangan dihulur maaf dipinta

Erat hubungan sesama insan 

Semoga gembira di hari raya

Salah silap harap dimaafkan

- Amel Salby, Mojo di Selangor 


11
12
0
15
0
You will be interested