Insan & Komuniti 19 Apr, 2023

Majlis Raya Serba Baharu - Barulah Raya! Mr DIY rai 300 penduduk PPR Laksamana! Tanda terima kasih!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Mr DIY Cares mengagihkan bubur lambuk dan beg keperluan yang diisi dengan produk-produk Mr DIY kepada para penduduk.



Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri ternyata mula dirasai, terutama untuk lebih 300 orang penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

PPR tersebut telah menjadi tumpuan akhir-akhir ini kerana sebuah filem web terbaru dari peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Mr DIY.

Filem web bertajuk ‘Raya Serba Baharu - Barulah Raya’ itu dirakam di PPR tersebut dan dibintangi dua selebriti, Ara Johari dan Wani Kayrie. Mereka bersaing dalam cabaran menghias rumah di PPR itu. 

Filem web selama 4 minit tersebut menyaksikan setiap seorang daripada mereka menghias sebuah rumah di PPR, dan rumah yang paling banyak mendapat ‘like’ dalam media sosial menjadi pemenang dalam pertandingan itu. 

Rumah-rumah tersebut milik seorang ibu tunggal anak tujuh dan sebuah keluarga kurang upaya. 

Filem yang menyentuh perasaan itu berakhir dengan pengajaran berguna tentang kepentingan mengingati untuk menyumbang dan membantu kepada mereka yang memerlukan pada musim perayaan.


Mr DIY meraikan ‘Raya Serba Baharu’ di PPR Laksamana, Kuala Lumpur. Memegang cek replika, dari kiri, Abdul Halim Abdul Aziz, Wani Kayrie (tengah) dan Alex Goh (kanan) bersama sukarelawan Mr DIY Cares dan para penduduk.


Sebagai tanda terima kasih kepada penduduk PPR yang turut mengambil bahagian dalam penggambaran filem web itu, Mr DIY telah menggerakkan para sukarelawan Mr DIY Cares untuk membantu mengedarkan beg hadiah yang berisi barangan keperluan rumah dan bubur lambuk kepada penduduk, serta baucar tunai untuk membeli-belah pada saat akhir bagi persiapan hari raya. 

Acara itu turut menampilkan tayangan khas filem web 'Raya Serba Baharu - Barulah Raya', dengan kehadiran selebriti Wani Kayrie. 

Filem web ini telah mendapat lebih 2 juta tontonan dalam platform media sosial Mr DIY dalam masa dua hari selepas dilancarkan.

Mengulas tentang inisiatif ini, Ketua Pemasaran Kumpulan Mr DIY, Alex Goh berkata, "Inisiatif 'Raya Serba Baharu' ini telah menjadi pengalaman yang istimewa bagi kami semua di Mr DIY. 


Wani Kayrie (kiri) memberikan sumbangan kepada salah seorang penduduk PPR Laksamana.


"Ia bukan sahaja memberi kami peluang untuk berkongsi mesej penting tentang memberi dan berkongsi semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, tetapi juga menghasilkan impak yang bermakna kepada masyarakat di PPR Laksamana. 

"Ini sememangnya penting dalam matlamat kami untuk menambah nilai dalam kehidupan rakyat Malaysia, dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti PPR atas penglibatan aktif mereka dalam projek ini."

Abdul Halim Abdul Aziz, Presiden Surau PPR Laksamana berkata, "Kebanyakan penduduk di sini adalah dari keluarga pendapatan rendah, dan sumbangan daripada Mr DIY amatlah kami hargai. 

"Terima kasih Mr DIY kerana memilih PPR Laksamana untuk menjayakan filem web ini dan pada masa yang sama memberi nafas baharu kepada dua buah rumah milik penghuni-penghuni kami yang istimewa. Terima kasih Mr DIY!" - KitaReporters/Kenyataan Media


15
5
0
12
0
You will be interested