Insan & Komuniti 18 Sep, 2022

Beckham kongsi kesedihan! Beratur 12-13 jam bersama ribuan pengunjung! Beri penghormatan terakhir!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


KALAU sebut nama David Beckham mungkin boleh letak namanya sebaris dengan Ratu Elizabeth II yang mengharumkan Britain

Bekas pemain bola sepak terkemuka antarabangsa itu yang turut mencipta nama di Amerika Syarikat bila-bila masa saja boleh menggunakan keistimewaan sebagai pemain bola sepak negara itu dan penerima Darjah Tertinggi Britain (OBE) untuk 'memotong' barisan puluhan ribu pelawat untuk masuk ke Westminster Hall bagi memberi penghormatan terakhir kepada ratu yang mangkat itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan keluarga diraja England


Sebaliknya dia tidak berbuat demikian pun. Malah sanggup pula beratur selama 12 sehingga 13 jam bersama puluhan ribu pengunjung sejauh 6.4 kilometer (4 batu) pada Jumaat 16 September 2022 lalu semata-mata untuk memberi penghormatan sama saja macam warga Britain yang lain. Dia mula beratur pada jam 2 pagi waktu di London.

Beckham ketika ditemu bual oleh itvnews berkata, dia berbuat demikian bagi mewakili keluarganya terutama datuk dan neneknya yang merupakan peminat setia keluarga diraja

Malah ketika dia menerima darjah kebesaran OBE, The Most Excellent Order of the British Empire (Darjah Kebesaran Yang Paling Cemerlang Empayar British) dengan turut membawa nenek dan datuknya yang menjadi pendorong utamanya.



"Secara peribadi, saya sangat bertuah dapat bertemu dan berbual dengan baginda sewaktu mewakili England dalam arena bola sepak. Malah saya rasa bangga dapat membawa keluarga saya termasuk isteri Victoria Beckham (salah seorang penyanyi Spice Girls) untuk berbual dengan ratu dan bertanya soalan." katanya.

Beckham turut berduka kehilangan ratu kerana dia 'sangat rapat' dengan baginda disebabkan setiap kali pertandingan bola sepak, pasukannya menyanyikan lagiuSave The Queen yang sangat istimewa yang turut 'melekat' di hatinya.

Dia juga percaya kehilangan Ratu Elizabeth II akan mengambil masa untuk dilupakan kerana kepimpinan baginda yang paling lama dalam sejarah. Ini dirasakan bukan saja oleh rakyat Britain malah seluruh dunia kerana legasi  pemerintahannya.


Beckham ketika bertemu Ratu Elizabeth II. - Kredit gambar Getty.


"Saya ingatkan bila beratur jam 2 pagi, sunyi dan tidak ramai. Rupa-rupanya salah kerana pelawat yang beratur dengan macam-macam kisah dan yang datang pun daripada semua peringkat umur. Ada lelaki 90 tahun dan wanita yang berusia 94 sanggup berjam-jam menunggu semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada baginda," katanya.

Beckham mahu beratur kerana mahu berkongsi rasa duka yang sama dengan rakyat negara itu

"Anda tahu, detik sedih begini adalah untk dikongsi bersama," kata Beckham yang kemudian dilihat membeli donut untuk dikongsi dengan pengunjung berkenaan.



Datuk Bandar London, Sadiq Khan memberitahu Esquire News, pihaknya menjangka dalam tempoh sehari dua sehingga persemadian ratu pada Isnin, 19 September ini, ribuan pengunjung akan bersesak di bandar raya itu.

Sejak 14 September 2022, keranda ratu dibawa dari Istana  Buckingham Palace ke Westminster Hall untuk disaksikan oleh ribuan orang. 

Dan sejak dewan itu dibuka selama  24 jam, jarak mereka yang berbaris itu dijangka mencatat rekod dalam sejarah  malah panjangnya dijangka sejauh lapan kilometer dengan tempoh menunggu untuk memasuki dewan memakan masa 14 jam. - KitaReporters


18
11
0
16
0
You will be interested