Insan & Komuniti 24 Dec, 2022

Video| Allah makbulkan! Usaha pak cik jual ikan masin untuk tunai umrah! Ambil untung 50 sen sahaja!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


USAHA murni seorang pak cik bekerja keras bagi mengumpul wang untuk mencapai cita-cita mengerjakan ibadah umrah dengan menjual ikan masin di hadapan sebuah pasar raya telah menjentik emosi ramai pengguna media sosial.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @vitamainbae, menunjukkan seorang lelaki yang tampil menghulurkan bantuan dengan memberi sejumlah wang kepada pak cik itu yang lalu menadah tangan mendoakan lelaki itu sebagai tanda kesyukuran.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peniaga atau penjual



Rezeki pak cik ini yang gigih berjualan demi mencapai impian pergi menunaikan ibadah umrah,” katanya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial berasa sebak dengan niat dan usaha murni pak cik itu serta mendoakan impian pak cik itu termakbul.



“Saya bila melihat situasi macam ini undang rasa sebak yang lain macam. Semoga pak cik dimurahkan rezeki selalu,” ujar @yourH.

“Mashaallah, ini bapa mertua saya. Terima Kasih orang baik, semoga dimurahkan rezeki selalu,” jelas @FiqahSandoraJaafar.

“Saya menangis apabila melihat pak cik itu mengira harga jualan di tangan,” kata @ruto. - KitaReporters


12
7
0
6
0
You will be interested