Insan & Komuniti 30 May, 2024

Tahniah Affendi Rajini Kanth! YDP baharu MPK garis 31 perkara untuk dilaksana! Tanggungjawab besar!

Share this

Mohd Shukri Ramli dan Affendi Rajini Kanth berdoa sempena majlis Menerima Jawatan, di Bilik Gerakan 1, Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di Kangar.

YANG Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang baharu telah menggariskan 31 perkara untuk dilaksanakan.

"Inilah yang saya lakukan pada hari pertama bertugas," kata Affendi Rajini Kanth, 48, anak jati Perlis.

Beliau berkata, tugas yang dipikulnya adalah satu tanggungjawab yang besar, tambahan pula sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan ke arah Perlis Maju.



Affendi menerima watikah daripada Mohd Shukri pada majlis Menerima Jawatan di Bilik Gerakan 1, Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di Kangar.

Affendi berkata, MPK juga meletakkan sasaran sebanyak 10 peratus bagi mengutip cukai tertunggak sebanyak RM26 juta.

Katanya, kutipan ini akan dilakukan secara berhemah supaya ia mencapai sasaran yang diharapkan.

Selain itu katanya, beliau juga mahu menjadikan MPK sebagai entiti perniagaan supaya dapat memberikan keuntungan dan kewangan negeri lebih stabil.

"Kita tidak mahu negeri ini menaruh harapan kepada mana-mana pihak," katanya ketika ditemui media selepas mengangkat sumpah sebagai YDP MPK.


Affendi menandatangani watikah sambil disaksi Mohd Shukri pada majlis Menerima Jawatan, di Bilik Gerakan 1, Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di Kangar.

Affendi mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli pada Majlis Pengakuan Menerima Jawatan, di Bilik Gerakan 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN),Persiaran Wawasan di Kangar.

Beliau menggantikan Norazlan Yahaya yang telah tamat tempoh kontrak. Sebelum ini Affendi menyandang jawatan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah. 

Majlis ini turut disaksikan oleh Exco Kerajaan Negeri iaitu Razali Saad dan Wan Zikri Afthar Ishak serta barisan Ahli Majlis MPK. - KitaReporters


Mohd Shukri dan Affendi bergambar dengan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis MPK sempena Menerima Jawatan, di Bilik Gerakan 1, Kompleks DUN ,Persiaran Wawasan di Kangar.
10
12
0
16
0
You will be interested