Insan & Komuniti 04 Jul, 2024

Video| Benarlah cinta itu buta! Lelaki tua kahwin gadis! Beza usia 60 tahun! Bagai datuk dan cucu?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Cinta itu buta sehingga pelbagai perkara di luar kebiasaan boleh terjadi berkaitan dengan perkahwinan.

Kita pernah membaca, mendengar dan melihat perkahwinan antara lelaki lanjut usia dengan wanita muda. Namun penduduk di kepulauan Riau, Indonesia iaitu di selatan Singapura baru-baru ini dikejutkan perkahwinan lelaki lanjut usia dengan gadis belasan tahun.


Pasangan pengantin melayan para tetamu dengan baik, tidak terlihat ada paksaan

Perkahwinan berlangsung di Pulau Sambu, Sei Guntung, Kabupaten Indragiri Hilir (Inhil), Riau baru-baru ini. Walaupun tidak dinyatakan usia sebenar kedua-duanya, namun dinyatakan perbezaan antara kedua-duanya adalah 60 tahun.

Jika pengantin wanita itu berusia pada akhir belasan tahun, bererti pengantin lelaki itu sudah berusia pada hujung 70-an. Namun tidak dinyatakan si pengantin lelaki sudah pernah berapa kali berkahwin dan punya berapa anak dan cucu.


Namun cara majlis perkahwinan diadakan menunjukkan pengantin lelaki adalah golongan berada. Majlis persandingan mengikut adat Jawa Tengah berlangsung meriah dengan ramai yang hadir dan mengucap tahniah.

Ada yang berkata, ketika bersanding di pelamin kelihatan berlaku perkahwinan antara seorang datuk dan cucu.

Bagaimanapun tidak terlihat perkahwinan itu satu paksaan. Pasangan pengantin sentiasa senyum menerima salaman dan ucapan tahniah daripada para tetamu. 


Perkahwinan ini tular setelah dimuat naik dalam Instagram @abouthetic dan dikongsi oleh sejumlah media sosial dan media cetak serta elektronik. - KitaReporters

8
10
0
13
0
You will be interested