Insan & Komuniti 05 Mar, 2026

Ramadan Berkat bawa kelainan! Bubur kacang, pulut hitam ganti bubur lambuk! Ada pula agih air balang!

Share this

Bubur lambuk sudah terlalu biasa dan lumrah diedarkan, tetapi lain pula bagi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka pada Ramadan tahun 2026 ini.


Bubur kacang dan bubur pulut hitam yang siap untuk diedar.

1,500 bekas-bekas bubur kacang dan bubur pulut hitam yang telah siap untuk diedarkan.

Mereka bukan sahaja bekerjasama mengadakan program Ramadan Berkat tetapi turut memasak dan mengagihkan sebanyak 1,500  bekas bubur kacang dan bubur pulut hitam sebagai satu pembaharuan selain bubur lambuk yang menjadi tradisi sejak sekian lama.

Sumbangan bubur kacang dan bubur pulut hitam terbukti mendapat sambutan pengguna jalan raya dan masyarakat setempat setelah diagihkan pada 3 Mac 2026.

Kerjasama SPRM dan MPHTJ ternyata mampu memberi satu kelainan serta mengeratkan hubungan antara agensi terbabit dan juga masyarakat sekeliling.


Wakil MPHTJ dan SPRM Melaka bersama menjayakan program Ramadan Berkat.


Bubur yang telah siap dimasak diagihkan kepada orang ramai.

Sementara itu, di Dataran Bandaraya MBMB pula, satu lagi kelainan diusahakan, yang mana sebelum ini, bubur lambuk juga menjadi kelaziman diedarkan kepada orang ramai.

Dengan sokongan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), air balang pula diberikan secara percuma pada 2 Mac 2026 lalu.


Air balang dengan pelbagai warna dan rasa diberikan secara percuma.

Sememangnya pemberian air balang ini menjadi satu kelainan kerana ia amat berbeza daripada apa yang lumrah diamalkan oleh kebanyakan tempat sebelum ini.

Dengan pemberian air balang secara percuma itu, ia mampu menjimatkan kos kerana air minuman sudah pasti menjadi satu kemestian bagi setiap individu mahupun masyarakat setempat ketika hendak berbuka puasa. - KitaReporters


Air balang sudah pasti menjadi satu keperluan semasa berbuka puasa.

Penunggang motosikal turut disantuni.
7
9
0
6
0
You will be interested