Insan & Komuniti 05 Mar, 2026

Ini bahaya! MPT dirayu tebang pokok mati sebelum tumbang! Usahawan diingatkan bahaya pinjaman ah long!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Pengguna yang menggunakan jalan raya dari Jalan Pengkalan Aur ke Taman Kaya di Taiping bimbang dua batang pokok yang telah mati masih tidak ditebang oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Kebanyakan mereka bimbang pokok itu boleh tumbang pada bila-bila masa yang boleh memudaratkan termasuk mengorbankan orang ramai yang lalu lalang menggunakan jalan tersebut.


Kenderaan yang menggunakan jalan raya terdedah dengan bahaya pokok tumbang jika berlakunya ribut.

Kebimbangan itu amat ketara dengan berlakunya kejadian ribut pada 24 Januari 2026 lalu menyebabkan bumbung rumah, surau dan bengkel besi dan gerai rosak dibadai oleh angin ribut.

Dalam kejadian itu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Taman Kaya pada jam 6.30 petang apabila 10 keluarga yang tidak mempunyai tempat berteduh di tempatkan di situ.

Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang melaporkan seramai 92 mangsa dari 10 keluarga dari Taman Kaya, Taman Damai, Taman Ria, Kampung Sentosa, Batu 2/12, Kampung Pak Darus, PPRT Simpang Perdana dan Jalan Simpang terbabit dengan kejadian ribut.

Justeru itu, kedua-dua pokok yang ditanam di tepi jalan raya itu hendaklah ditebang kerana ia boleh membahayakan keselamatan kepada pengguna jalan raya jika berlakunya kejadian ribut. 


Dua batang pokok yang tidak lagi berdaun membahayakan pengguna jalan raya.

Sementara itu, usahawan di kawasan Parlimen Bukit Gantang diingatkan agar tidak terbabit dengan sebarang pinjaman atau bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ah long.

Peringatan itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ketika bertemu dengan kira-kira 400 usahawan di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang.

Rata-ratanya gembira apabila mereka diberitahu, mereka akan dibantu melalui Skim Usahawan Bangkit bagi memastikan perniagaan mereka berdaya maju bagi mengelak terbabit dengan ah long. 


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (tiga dari kanan) melancarkan Skim Usahawan Bangkit di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang

Pada awal jam 8 pagi ini usahawan yang mengusahakan pelbagai produk masing-masing hadir pada program Skim Usahawan Bangkit Parlimen Bukt Gantang untuk mendengar dan memahami jalan penyelesaian untuk membantu memajukan perniagaan mereka.

Syed Abu Hussin berkata, pihaknya membuka permohonan dalam kalangan usahawan di kawasan itu secara online sejak awal bulan lalu.

Menurutnya, dengan cara ini pihaknya dapat mengenal pasti apa masalah yang dihadapi oleh usahawan terbabit dalam perniagaan mereka.

“Seramai 448 usahawan telah mendaftar secara online dan kita menilai setiap permohonan mereka,” katanya ketika ditemui pada program Skim Usahawan Bangkit itu dekat Taiping pada 16 Februari 2026.


Syed Abu Hussin Hafiz bertanyakan sesuatu dengan kalangan usahawan yang hadir pada program Skim Usahawan Bangkit.

Syed Abu Hussin berkata, pihaknya juga mendapatkan perkhidmatan beberapa agensi kerajaan dan bank untuk membantu usahawan terbabit.

“Cara yang kia buat ini boleh membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka dan peluang pekerjaan boleh diwujudkan,” katanya.

Katanya, melalui car aini juga dapat mengurangkan kos sara hidup apabila mereka mempunyai pendapatan masing-masing.

Pelbagai usahawan yang terbabit dengan program itu seperti usahawan ternakan, bengkel motosikal, perusahaan kecil, perniagaan roti dan kek serta beberapa perniagaan lain. - KitaReporters


Pengurus-pengurus yang terbabit dalam membantu usahawan di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

7
8
0
6
0
You will be interested