Insan & Komuniti 30 Jul, 2025

Rasa tenang dan senang! Ayuh ke Dewan Bersalin Muslimah! Patuh syariah sebelum dan selepas bersalin!

Share this

Hospital Dewan Bersalin Muslimah (DBM) adalah salah satu pusat bersalin yang menawarkan khidmat patuh syariah sepenuhnya sebelum dan selepas bersalin dan bukan saja kepada ibu yang bersalin, tetapi juga kepada bayi yang dilahirkan serta suami atau famili yang menanti kelahiran. - KitaReporters

Hospital DBM yang beroperasi di  No 16, Jalan Cermai 1, Taman Cermai, Permatang Pauh. 


Bilik operasi yang sedia ada di DBM Hospital

Semua umat Islam sudah pasti rasa tenang dan senang sekiranya anak yang dilahirkan disambut oleh pakar perubatan Islam dan berunsurkan ciri-ciri Islam secara total.

Hospital Dewan Bersalin Muslimah (DBM) yang berpusat di Permatang Pauh adalah salah satu pusat bersalin yang menawarkan khidmat patuh syariah sepenuhnya sebelum dan selepas bersalin dan bukan saja kepada ibu yang bersalin, tetapi juga kepada bayi yang dilahirkan serta suami atau famili yang menanti kelahiran.

Hospital DBM yang beroperasi di No 16, Jalan Cermai 1, Taman Cermai, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah telah beroperasi sejak 1996 lagi. Dalam tempoh 29  tahun beroperasi hampir 18,000 ibu dan wanita telah mendapat khidmat bersalin daripada DBM.


Zolkifly Md Lazim

"DBM beroperasi 24 jam dan mempunyai 20 staf dengan 5 orang doktor yang mempunyai kepakaran masing-masing.

"Kita menyediakan pelbagai kemudahan bagi memudahkan ibu bersalin. Antaranya ialah rawatan dan penyediaan sebelum dan selepas bersalin kepada ibu dan bayi.

"Turut disediakan ialah 'detail scan' (imbasan terperinci) untuk ibu mengandung bagi memastikan kandungan benar-benar berada dalam keadaan baik," terang Presiden DBM Medical Group, Zolkifly Md Lazim ketika ditemui.

Tambah beliau, selain khidmat bersalin secara normal, Hospital DBM juga menyediakan khidmat pembedahan 'caesarean' dengan khidmat pakar sakit puan, pakar bius dan pakar kanak-kanak.

Selain itu kata Zolkifly, semua bayi yang lahir akan disaring oleh pakar kanak-kanak sedia ada di DBM.


Suasana tempat menunggu ibu mengandung dan kanak-kanak.

Antara bayi-bayi yang telah selamat dilahirkan dijaga dengan rapi oleh staf dan jururawat DBM.

Yang lebih istimewanya Hospital DBM juga menyediakan ambulan untuk mengambil dan menghantar pesakit yang memerlukan khidmat tersebut.

Bagi memudahkan suami mahupun famili menemani ibu bersalin, DBM menyediakan kamar khas dengan kemudahan internet untuk beberapa hari yang diperlukan kepada mereka yang memerlukan kamar tersebut.

Malah DBM mengadakan kelas antenatal (sebelum bersalin) untuk ibu mengandung yang dikendalikan oleh pakar setiap minggu dengan penyertaan bersama oleh para suami. Khidmat selepas bersalin turut disediakan oleh DBM untuk setiap ibu dan bayi.


Kelas untuk ibu mengandung dan pasangan.

Kamar homestay waris dan famili juga disediakan.

Paling islamik ialah setelah bersalin bayi disambut oleh 3 pakar dan 3 jururawat diiringi dengan laungan takbir, azan dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Setelah bersalin Hospital DBM turut menyediakan makanan berpantang khusus untuk ibu bersalin seperti ikan haruan dan plotan serta sayur sawi yang diakui secara tradisi mempunyai kesan positif untuk luka dan pendarahan.

Pemantauan oleh pakar serta imunisasi dan rawatan kuning juga disediakan di DBM.

"Bagi memastikan solat terjaga, staf DBM membantu ibu-ibu dalam proses bersalin untuk mengerjakan solat seperti mengambil wuduk dan seumpamanya. Peralatan dan kemudahan solat disediakan termasuklah risalah dan wirid yang perlu dibaca.

"Pemeriksaan pascanatal (selepas bersalin) serta kaedah merancang keluarga, pemeriksaan berkala untuk ibu bagi memastikan rahim ibu dalam keadaan sihat serta penjagaan payudara turut disediakan.

"Tidak setakat itu, Hospital DBM menyediakan cenderahati untuk setiap bayi yang baru lahir serta penjagaan yang rapi oleh doktor dan jururawat yang sedia terlatih termasuklah khidmat mengurut ibu selepas bersalin," kata Dr. Rosnah Abu Hasssan, Ketua Pegawai Eksekutif DBM Medical Group.


Dr Rosnah Abu Hassan

Tambah beliau, DBM turut menjadi pilihan beberapa orang ibu bukan Islam untuk bersalin. Mereka juga mohon supaya bayi yang mereka lahirkan diazan dan diiqamatkan seperti bayi Islam yang lain.

DBM terbukti menjadi pilihan kerana ia menyediakan sepenuhnya pakej Islamik sebelum dan selepas bersalin.

Sementara itu, Penawar Klinik milik DBM Medical Group menyediakan rawatan untuk pesakit luar seawal 9 pagi hingga 6 petang.

Sehingga kini DBM Medical Group mempunyai 5 cawangan Penawar Klinik iaitu 2 di Permatang Pauh dan Batu Maung di Pulau Pinang. 3 lagi cawangan di Selangor ialah di Gombak (Sunway Batu Cave), Bukit Raja dan Kota Damansara. - KitaReporters


Pejabat urusan DBM Medical Group di Permatang Pauh


Penawar Klinik menyediakan perkhidmatan rawatan untuk pesakit luar.

18
22
0
12
0
You will be interested