Insan & Komuniti 17 Jun, 2025

Video| Mengigau punya pasal! Anak solat dalam tidur! Kalau tak dikejutkan boleh sampai tahiyat akhir!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Apa yang anda tahu tentang mengigau? Adakah ia sama dengan mimpi? Pernahkah anda mengalami kedua-duanya? 

Menurut website Hello Doktor, mengigau ketika tidur yang turut dikenali sebagai somniloquy dalam bahasa saintifiknya adalah sejenis parasomnia iaitu kelakuan abnormal semasa sedang tidur. Ia lebih kepada gangguan dan bukannya penyakit.

Biasanya individu yang mengalaminya akan melakukan perbuatan atau melontarkan percakapan yang tidak masuk akal. Ia boleh jadi aneh, lucu dan juga menakutkan bagi individu yang menyaksikannya.

Manakala mimpi pula adalah halusinasi yang berlaku ketika tidur. Walaupun tidak bukti kukuh, namun kebiasaannya ia adalah satu pemikiran autobiografi berdasarkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti aktiviti, perbualan, atau isu-isu lain dalam hidup anda.


 

Mengigau ketika tidur turut dikenali sebagai somniloquy.  


Baiklah, sekarang anda sudah dapat bezakan antara mengigau dan mimpi. Perkongsian seorang pengguna TikTok (MakMak Affiliate) mengenai tingkah laku anaknya yang sering mengigau menarik perhatian. Video yang dikongsinya itu telah mencapai sebanyak 1.7 juta tontonan.

Dia menjelaskan anak nombor tiganya mudah tidur di mana-mana tempat dan sering mengigau. Menariknya kali ini anaknya itu mengigau melakukan solat. 

“Anak nombor tiga anda pelik tak? Anak mak seorang ini memang pelik sangat. Di mana-mana tempat dia boleh tidur. Lepas itu mengigau. 

"Kalau kami sekeluarga terpaksa keluar dan ketika itu dia tidur, memang dia takkan bangun. Jadi, kami terpaksalah angkut sekali. Selepas itu dia dah bangun, dia pelik ingatkan dia ada kuasa teleport. Video ini masa bulan puasa (Ramadan 2025) hari tu, ketika kami di rumah mak mentua,” tulisnya.



Dalam video yang dikongsi, kelihatan anak nombor tiganya sedang solat. Kalau tidak diberitahu, pasti ramai menyangka anaknya sedang solat dalam keadaan sedar walaupun pada hakikatnya dia sedang tidur. Jadi, tidak hairanlah perkongsian tersebut menarik perhatian ramai.

Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama mengenai anak masing-masing. Masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Menurut salah seorang netizen, anak sulungnya juga pernah mengigau melakukan solat.



“Samalah macam anak sulung saya dulu. Mengigau siap pergi ambil wuduk dan solat. Kalau kita, muka dah kena air automatik tersedar, ini dia boleh solat sekali. Abi dia siap cakap, warak daripada orang ni,” ceritanya.

Manakala seorang lagi menceritakan kejadian lucu ketika dia mengigau. Sampai sekarang kejadian itu dijadikan bahan jenaka oleh bapanya.  

“Aku punya mengigau dulu, aku pergi berak dekat kaki bapak aku waktu dia tidur. Cerita itu sampai sekarang aku kena bahan dengan bapak aku,” tulisnya. 



Namun adakalanya mengigau juga boleh mendatangkan bahaya kerana ia berlaku tanpa sedar. Justeru, seorang netizen menitipkan nasihat agar lebih berhati-hati.

“Puan, sekadar ingatan! Pastikan kunci pintu depan belakang. Kalau boleh, ada kunci mangga. Bukan apa, takut ngigau buka pintu,” tegurnya. - KitaReporters



9
11
0
10
0
You will be interested