Insan & Komuniti 17 Oct, 2024

Video! Isteri serang suami dan skandal! Mereka diherdik, dimarahi! Namun selamba je makan nasi padang!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Kalau sudah ada cinta baharu, seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa diberi nafkah. 

Kerana sudah tidak tahan dengan sikap tidak bertanggungjawab si suami yang sudah tiga minggu tidak pulang ke rumah dan mengetahui mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita, si isteri dan seorang anak lelakinya cuba mengesan di mana suaminya/ayahnya berada.

Akhirnya mereka dapat mengesan si suami/ayah berada di sebuah kawasan di ibu negeri Bengkulu, Bengkulu di Sumatera.

Suami dan kekasihnya sedang asyik menikmati nasi padang di tepi jalan berhampiran sebuah warung nasi padang.



Si isteri lalu menyerang si suami dan kekasihnya dengan kata-kata panas dan si anak pula membuat rakaman video dengan disaksikan oleh sejumlah orang.

Namun si lelaki dan kekasihnya berdiam diri sahaja menerima herdikan si isteri dan dengan selamba meneruskan aksi menyuap makanan mereka tanpa bercakap sepatahpun.



Kesal tiada respons daripada pasangan yang sedang hangat bercinta itu menyebabkan si wanita dan anaknya meninggalkan lokasi.

Difahamkan wanita itu kini dalam proses menuntut cerai kerana sudah tidak tahan bersuamikan lelaki curang. Tindakan si wanita itu menyerang suami dan kekasih gelapnya kini tular setelah videonya dimuat naik oleh sejumlah media sosial.

Para warganet rata-rata menyokong tindakan berani wanita itu menyerang suami dan pasangan selingkuhnya. - KitaReporters

12
15
0
17
0
You will be interested