Insan & Komuniti 02 Aug, 2024

Ini rare! Jarang lelaki tulisan cantik dan kemas! Ramai terpesona! Ada tak percaya! Cikgu pasti suka!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Betul ke orang kata susah nak jumpa lelaki tulisan cantik dan kemas? Bukannya tiada tetapi jarang. Malah, ada juga yang kata tulisan itu melambangkan jati diri seseorang? Tak kisahlah betul atau tak, tapi tulisan cantik ni memang sedap mata memandang dan membacanya.



Perkongsian seorang pelajar lelaki mengenai tulisannya yang cantik dan kemas tular dalam TikTok. 

Perkogsian tersebut meraih sebanyak 1.6 juta tontonan. Rata-rata netizen terpesona dengan kecantikan tulisannya. Mereka seakan-akan tidak percaya ada lelaki yang mempunyai tulisan secantik dan sekemas itu.  

Mereka mendakwa tulisan pelajar lelaki itu mirip tulisan perempuan.  


Nama penuh Eman terpampang di hujung kertas membuktikan sememangnya itu tulisannya.


Menurut pelajar lelaki yang dikenali sebagai Eman itu, kualiti tulisannya bergantung kepada mood. 

Malah, ada segelintir netizen tidak percaya bahawa itu tulisan Eman. Mereka mendakwa itu tulisan orang lain.

Namun, tuduhan itu disangkal oleh Eman. Malah, jelas tertera nama penuh Eman pada kertas soalan yang dikongsi membuktikan memang itu tulisannya.  

"Bukan tulisan dia tu. Tengok telefon dia gambar dekat cermin dan tengok dekat tepi buku tu. Tak sama," tuduh salah seorang netizen. 



Manakala seorang netizen yang mendakwa dirinya seorang guru hairan dengan stigma lelaki mesti tulisan tak cantik. Sedangkan menurutnya ramai kalangan pelajar lelakinya mempunyai tulisan yang cantik.

"Kenapa lelaki kena tulisan tak cantik? Pelajar lelaki saya ramai je tulisan cantik," tulisnya.



Sementara itu nama penuh Eman juga mengundang kejutan kerana nama belakangnya mirip nama perempuan iaitu Nabilla (Mohammad Aiman Nabilla).

"Seriuslah nama kau Aiman Nabilla?," tanya salah seorang netizen.



Bagi seorang lagi netizen, dia mendakwa kebanyakan guru terutama yang memakai cermin mata sukakan tulisan seperti ini.

"Bagus adik tulisan cantik dan jelas. Cikgu-cikgu terutama yang pakai cermin mata suka tulisan macam ini sebab mudah nak baca dan semak. Tak perlu tulisan fancy atau kecil sangat sebab kadang-kadang sakit mata nak baca," katanya. - KitaReporters


9
8
0
16
0
You will be interested