Insan & Komuniti 05 Sep, 2022

Video| Inilah Keluarga Malaysia! Kembali bersatu selepas 50 tahun berpisah! Loghat pun jadi berbeza!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this



ADIK BERADIK diibarat air dicincang tak putus, walaupun berdepan masalah sebesar gunung pun namun hubungan tetap tidak akan putus

Itulah kehebatan adik beradik! Malah, ikatan dan kasih sayang antara adik beradik tersebut tetap kekal sampai bila-bila.

Terbaharu tular kisah menyayat hati pertemuan semula dua beradik yang terpisah lama, lebih 50 tahun.

Perkongsian berkenaan dimuat naik di aplikasi TikTok @adukakirana3036 yang berkongsi momen indah pertemuan dua warga emas yang terpisah puluhan tahun.


Lagi kisah menarik berkaitan hubungan adik beradik


Dalam pertemuan yang berlangsung pada 31 Ogos 2022 lalu, kelihatan dua beradik lelaki yang dikatakan berasal dari Jitra, Kedah itu kelihatan berpelukan selepas lama terpisah.

Difahamkan si adik yang masih menetap di Kedah kelihatan mencium tangan abangnya yang berada di tempat duduk penumpang di dalam sebuah kereta dalam pertemuan penuh syahdu.

Malah adiknya yang merintih bertanya sama ada abangnya sudah melupakan dirinya selepas lama berhijrah. 

Manakala si abangnya pula menggunakan loghat Sabah kelihatan tenang sambil menggosok bahu adiknya dan cuba menenangnya.



"Bang Chik, Hang tinggal aku lama Bang Chik Noh, hang tak ingat kampung dah,” ujar warga emas terbabit.

Difahamkan, adik-beradik kandung itu terpisah selama 50 tahun selepas si abangnya membawa diri ke Lahad Datu, Sabah sebelum mereka akhirnya dipertemukan semula pada 31 Ogos 2022 lalu.

Inilah keluarga Malaysia! Walaupun masing-masing menggunakan loghat asing namun darah yang mengalir di badan mereka tetap sama

Malah mereka juga pernah berkongsi rahim sama milik ibu mereka menyebabkan hubungan tetap erat. 

Dalam pertemuan berkenaan si adik juga turut berkongsi kisah sambil bercerita tentang keluarga terdekat mereka.

“Takda siapa dah Bang Chik,” kata warga emas itu lagi sambil menangis.



Semoga pertemuan semula dua beradik mampu mengeratkan hubungan silaturahim keluarga berkenaan yang terpisah sekian lama.

Inilah Keluarga Malaysia! Walaupun terpisah lama keakraban mereka tetap utuh.

Ternyata kerinduan yang menggunung selama ini akhirnya berakhir dengan pertemuan penuh istimewa ini. 

Semoga adik beradik ini dapat menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka dengan penuh bahagia bersama keluarga masing-masing. - KitaReporters


14
6
0
9
0
You will be interested