Insan & Komuniti 04 Sep, 2021

Video| Nampak hantu? Lihat rambut terjuntai-juntai! Kepala kanak-kanak tersangkut di siling!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.
Keadaan mengejutkan dan menakutkan apabila terlihat rambut kanak-kanak tersangkut pada siling. - Kredit foto: Weibo/China Fire Brigade

SEPASANG ibu bapa di China mengalami peristiwa mengempar dan menakutkan apabila menemukan gumpalan rambut di siling salah satu sudut rumah tingkat bawah dan mendengar tangisan kanak-kanak perempuan seperti suara anak mereka di tingkat dua

Ia seperti menonton sebuah filem seram. 

Sebenarnya, kepala anak mereka yang tersangkut dalam lubang di lantai ruang tamu di tingkat pertama rumah mereka. Lubang berukuran lapan inci itu untuk sistem kipas pengudaraan yang dipasang antara dua aras rumah mereka.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gempar

...

Kepala kanak-kanak nakal itu berjaya di tarik keluar dari lubang oleh anggota bomba. - Kredit foto: Weibo/China Fire Brgade

Kanak-kanak nakal ini ketika berada di tingkat atas telah dengan sengaja memasukkan kepalanya dalam lubang itu sebelum menyedari kepalanya tersangkut di sudut bilik tersebut. 

Pasukan bomba yang dipanggil tiba di lokasi menemui kepala yang 'menyeramkan' dengan rambut panjang kelihatan tergantung ke bawah, di atas siling.

Seorang anggota bomba menolak kepala kanak-kanak itu dari tingkat bawah, sementara seorang lagi  memegang dari tingkat satu.

Awalnya mereka menggunakan playar untuk melebarkan lubang, namun cubaan itu gagal.

...

Kanak-kanak ini bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius. - Kredit foto: Weibo/China Fire Brigade
Kemudian mereka meletakkan minyak pada kepala kanak-kanak itu dan akhirnya setelah berusaha kira-kira 40 minit kepala kanak-kanak itu berjaya dilepaskan daripada lubang berkenaan

Kanak-kanak itu segera dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan dan ibu bapanya mengesahkan mujur ia  tidak mengalami kecederaan serius.

Namun peristiwa itu menyebabkan ibu bapa itu perlu memberi perhatian terhadap anak mereka.

Menurut Daily Star, kejadian ini  berlaku di bandar Puding, wilayah Guizhou, China, pada Jumaat, 27 Ogos 2021. - KitaReporters

5
18
0
17
0
You will be interested