Insan & Komuniti 29 Nov, 2021

Terbaiklah IKBN Pekan! 30 pelajar sertai gotong-royong di Lepar, Pekan! Usaha khidmat masyarakat

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Pelajar IKBN Pekan menyertai program gotong-royong yang diadakan di Batu Lapan, Lepar, Pekan, Pahang pada 28 November 2021.


SERAMAI 30 pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan menyertai Gotong-royong Perdana di Batu Lapan Lepar, Pekan, Pahang mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada 28 November 2021 lalu.

Pembantu Kesatria IKBN Pekan, Muhammad Lukman Mat Rahim, 28, berkata, program gotong-royong yang disertai oleh 24 pelajar lelaki dan enam pelajar perempuan ini membabitkan pelajar semester satu, tiga dan empat. 

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gotong-royong

Pelajar-pelajar mendengar taklimat sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan dan mengecat di kawasan gotong-royong itu.

Pembantu Kesatria Muhammad Lukman Mat Rahim.

Katanya,  kesemua mereka adalah peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda atau lebih dikenali dengan ARPRM.

Manakala pembabitan mereka dalam program ini adalah membabitkan komponen khidmat masyarakat yang membolehkan mereka ditauliahkan nanti sekiranya melengkapkan komponen-kompenan lain antaranya komponen kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak .

“Mereka yang memenuhi keempat-empat komponen ini pula layak dianugerahkan dengan Pingat Emas, Perak dan Gangsa nanti,” ujarnya lagi.


Pelajar membersihkan kawasan sekitar yang ditumbuhi dengan rumput akibat tidak terurus kerana penutupan semasa COVID-19.


Walaupun penyertaan mereka ini dilihat sebagai pelengkap untuk ARPRM namun di sebalik itu penyertaan mereka diharap dapat membantu masyarakat setempat terutamanya.

Mohamad Afiq Ahmad Sayuti, 21, yang menyertai operasi pembersihan, mengemas dan mengecat bangunan perpustakaan dan dewan di kawasan itu berharap dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan mereka yang menggunakan kedua-dua bangunan itu.

Manakala Mohammad Aiman Abdullah, 22, pula yakin dengan penglibatan mereka ini akan membantu membaik pulih bangunan-bangunan dan persekitaran kawasan itu yang tidak digunakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.


Mohamad Afiq Ahmad Sayuti, 21.


Mohammad Aiman Abdullah 22.

Moga penyertaan mereka ini bukan sahaja dilihat sebagai memenuhi program ARPRM tetapi lebih kepada merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat. - KitaReporters


Perpustakaan terpaksa dikemas semula.


Kerja-kerja mengecat dijalankan.

23
11
0
15
0
You will be interested