Kisah Insan 04 Aug, 2020

Gadis bawa tong gas guna basikal! Aksi elak kereta itu mahal

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

ZAMAN sekarang ini memang sukar untuk melihat orang pergi beli sendiri tong gas kerana kebiasaannya kita hanya pesan dan mereka akan hantar sampai ke depan pintu rumah. Apatah lagi kebiasaannya orang lelakilah selalu pergi beli tong gas ini. Tapi kali Ini kisahnya mengenai seorang wanita. : KitaReporters 



Tular dalam media sosial video seorang wanita dengan bersahaja membeli tong gas dan jadikan basikalnya sebagai pengangkutan beliau. Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah aksi akak ini yang cuba elak dari terlanggar kereta ketika menunggang basikal dengan bawa tong gas itu.

Kredit video: Twitter Bang Bahi


Sekali tengok, fuhh aksi akak ini memang terbaik, macam dah biasa pula dengan situasi seperti. Dah la lampu merah, dia langgar macam tu je. Selamber rock dia je macam tak ada apa-apa perlu berlaku.



Mungkin 'break' basikal beliau ketika itu tidak berfungsi dengan baik atau rosak. Orang dalam kereta yang rakam tu dah menjerit cemas macam dorang pula di situasi itu. Sekarang kan telah viral orang ramai banyak membeli basikal untuk berkayuh secara santai bersama kawan-kawan.

Mungkin akak ini pun salah seorang dari mereka. Dengan 'skill' yang ada pada akak ini, mesti beliau power. Tu baru basikal biasa, kalau basikal power sikit tu, lagi laju dia kayuh. 

Video tersebut ditonton lebih 120,000 tontonan dan di retweet lebih 7,000 kali. - KitaReporters

4
5
2
1
0
You will be interested