Insan 07 Aug, 2020

Yang penting usaha! Pemuda bisu jual aiskrim guna nota khas

@zuhayati yazid
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan biro Kuala Terengganu.

Share this

TIADA siapa mahu hidup di dunia ini dengan kesukaran, yang dimahu hanya kesenangan dan kebahagian sahaja. Tapi kalau hidup bahagia sepanjang masa itu bukan menjadi penghuni dunia namanya kerana sini adalah medan untuk kita berusaha semata-mata dan ‘di sana’ nanti akan menjadi tempat kita mengumpul pahala. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan OKU:

https://kitareporters.com/search?search=oku


Sama juga kehidupan individu yang dilahirkan istimewa seperti bisu dan pekak... tiada siapa yang meminta untuk dilahirkan sedemikian kerana semua ketentuan-Nya. Namun sebagai hamba kita tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja!! Kehidupan perlu diteruskan walaupan apa juga keadaan!

Terbaharu tular mengenai kesungguhan seorang lelaki istimewa yang dilahirkan pekak dan bisu mencari rezeki. Walaupun dengan kekurangan namun lelaki istimewa itu kelihatan cekal meneruskan kehidupannya. Dia yang mengusahakan jualan aiskrim pulut di kawasan Subang Bestari berhadapan Universiti Help membuktikan tiada apa yang mustahil yang berlaku di dunia ini jika kita berusaha.

CEKAL teruskan kehidupan dengan menjual aiskrim di Subang Bestari. - Kredit foto: Twitter @4li_1mran


Perkongsian berkenaan menjadi tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama @4li_1mran

“Mintak tolong retweet wahai sahabat Twitter sekalian.. dan minta doakan rezeki abang ni. Aiskrim pulut Subang Bestari depan Help University, Meh la singgah...,” kongsi @4li_1mran.

Lebih menariknya, dalam kesukaran berurusan dengan pembeli, si penjual yang dilahirkan istimewa berkenaan dilihat meletak nota bagi memudahkan urusan perniagaan. Kreatif jugak dia…


Malah rata-rata netizen kagum melihat kesungguhan lelaki istimewa berkenaan dan ada yang telah memberi sokongan dengan membeli jualan aiskrim berkenaan. Malah ada netizen yang cuba mendapatkan akaun banknya... mungkin juga berada jauh dari kawasan berkenaan dan mahu berkongsi rezeki.

Inilah rakyat Malaysia yang harus kita bangga sentiasa saling membantu antara satu sama lain.

Semoga keikhlasan @4li_1mran yang cuba membantu berkongsi maklumat dapat membuka rezeki berganda kepada lelaki istimewa itu. Yakinlah jika kita memudahkan urusan individu lain Allah juga memudahkan urusan kita di masa depan.

Terima kasih bro @4li_1mran kerana berkongsi maklumat. - KitaReporters

 

You will be interested

Di sebalik ujian ada rahmat! Di sebalik kesusahan ada Ebit!

"Di mana ada kesusahan, di situ ada Ustaz Ebit Lew." Mungkin itu ayat yang tepat untuk gambarkan keprihatinan Ebit Lew dalam laksanakan segala macam kerja amal

Fariza Saidin in Insan 3 days ago

Terbaik JPKD Senggarang! Aktif santuni mereka ditimpa musibah

JPKD Senggarang dan UMNO Batu Pahat sentiasa siap siaga agihkan segera bekalan barangan kepada penduduk ditimpa musibah seperti banjir dan terbabit dalam PKPB
Rosdi Ismail in Insan 18 hours ago

Budak 4 tahun dirogol dengan ganas! Lelaki kejam dihukum mati

Lelaki dikenali sebagai Liu dihukum mati oleh Mahkamah Harbin kerana merogol kanak-kanak berusia 4 tahun sehingga alami pendarahan dan beberapa organnya rosak
Fauzan Uda Ahmad in Insan 1 day ago

Budak 14 tahun! Pelajar paling muda miliki ijazah di India!

Seorang budak 14 tahun dari Hyderab, Agastya Jaiswal menjadi pelajar paling muda di India yang berjaya menamatkan pengajian pada peringkat ijazah di universiti
Zuhayati Yazid in Insan 1 day ago

Semua nak tengok wajah anak Fazura! Tak perlu tohmah sumbing!

Sudah dua bulan Nur Fazura dikurniakan anak sulung, Nur Fatima Aisya namun wajah penuh anak comel itu belum didedahkan maka timbullah tohmahan anak itu sumbing
Fariza Saidin in Insan 1 day ago