Insan & Komuniti 19 Jul, 2021

Video| Gempar! Bahagian kecemasan sesak! Wanita bersalin berdiri di halaman masuk hospital!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Si suami memegang bayi selepas si isteri bersalin berdiri di halaman masuk hospital. - Kredit foto: Tribun news

Seorang wanita yang sarat mengandung terpaksa bersalin berdiri di halaman masuk sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Pratama di Yogyakarta, Indonesia pada Isnin 12 Julai 2021 lalu. 

Insiden itu dirakam dalam video selama 30 saat oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di tempat kejadian menggemparkan tersebut. 


Si ibu dipimpin sebelum melahirkan bayi di kaunter masuk hospital. - Kredit foto: Kompas


Melihat kejadian berkenaan, lelaki yang merakam video berkenaan memanggil-manggil petugas kesihatan agar segera membantu. Video itu kemudian menjadi tular dalam media sosial. 

Dalam video itu kelihatan seorang wanita hamil dengan air ketuban telah pecah dibantu oleh seorang lelaki yang dipercayai suaminya. Lelaki itu kemudian dilihat memegang seorang bayi yang baru dilahirkan dan tali pusat bayi masih terlekat


Kredit foto: Pa&Ma



Sementara itu, Ketua Jabatan Kesihatan  Kota Yogyakarta, Emma Rahmi Aryani mengesahkan kejadian itu. "Iya betul. Alhamdulillah bayi dan ibunya selamat," katanya ketika dihubungi Kompas pada Selasa, 13 Julai 2021.

Menurut Emma, seorang wanita dan lelaki ke Hospital Pratama. Tetapi, ketika itu petugas perubatan sedang sibuk menguruskan proses persalinan seorang ibu yang masuk ke wad terlebih dahulu. Dan ketika itu bahagian kecemasan sedang sesak.

Melihat kejadian tersebut, si ibu dan bayinya segera dibawa masuk ke dalam hospital rumah.

"Alhamdulillah dapat ditolong. Ibu dan bayi selamat," kata Emma. - KitaReporters

1
0
1
0
0
You will be interested