JELAS kalimah Allah kelihatan ketika Mohd Nor Firdaus menjalankan tugas membuat rondaan di Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf mempelam di Kuala Terengganu. - Kredit foto: Harian Metro.
SEORANG Pembantu Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak menyangka terpilih melihat kalimah Allah yang terbentuk di awan ketika menjalankan tugas rondaan di Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, pada awal pagi Jumaat, 23 April 2021.
Mohd Nor Firdaus berkata, kalimah berkenaan yang jelas terbentuk di awan kira-kira pukul 3 pagi Jumaat itu menjadi tular dalam media sosial.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
KEJADIAN berkenaan memberi keinsafan dan membuktikan kebesaran Allah.
Katanya, ketika
melihat kalimah itu dia sedang bekerja dan membuat rondaan di pasar berkenaan sebelum
melihat awan yang membentuk kalimah berkenaan.
“Ketika
itu orang masih belum ramai di pasar dan kejadian itu berlaku dalam masa yang
sangat singkat sehinggakan tidak semua yang ada di situ sempat merakam kalimah
berkenaan.
“Hanya kurang lima minit kalimah itu terbentuk sebelum dibawa angin,” ujarnya sebagaimana dipetik oleh Harian Metro pada Jumaat, 23 April 2021.
Dia kemudian terus meminta bantuan rakan sekerjanya untuk meramkan gambar kalimah itu.
“Telefon dia lebih canggih dan kalimah itu nampak lebih jelas ketika dirakam,” ujarnya.
Lelaki berusia 34 tahun itu, pengalaman melihat kalimah Allah itu sangat bermakna kepada dirinya sepanjang menyambut Ramadan.
Beruntungnya...ni juga rezeki!
Bagamanapun Firdaus yang menetap di Kampung Belara, Manir itu menyifatkan kejadian berkenaan memberi keinsafan kepadanya dan ingatan terhadap kebesaran Allah.
Pada 9 Mei 2020, turut dilaporkan dalam media sosial penemuan awam yang membentuk kalimah Allah pada masa bulan mengambang penuh dan kejadian itu berlaku selang sehari kepulangan ke rahmatullah Ustaz Ismail Kamus pada 8 Mei 2020. - KitaReporters