KUCING antara haiwan yang manja dan ramai suka akannya. Malah ada juga yang sering kali 'tampil' mengaku pencinta kucing. tetapi bila mana melihat kucing kotor atau kucing jalanan ini, tidak pandang apatah lagi menghulurkan makanan kepada haiwan comel ini. Kucing yang diperlihara atau dibela memang kehidupan dari segi tempat tinggal dan makanan tidak ada masalah tetapi kucing jalanan yang dibuang oleh segelintir masyarakat tidak semewah kucing perliharaan. : KitaReporters
Kredit video Twitter Tok Tek
Dalam satu video yang dikongsi oleh Tok Tek dalam akaun Twitter miliknya memperlihatkan bagaimana kucing jalanan ini ternanti-nantikan kehadiran pak cik ini.
Kehadiran disambut dengan kegembiraan.
Bagi haiwan ini, pak cik ini seperti tuan, datang membawa makanan untuk kucing jalanan ini dan mungkin ada antara kucing ini hanya dapat makan bila pak cik ini datang.
Satu sifat kucing ini jika kita perasan, kalau kita sering beri makan kepada haiwan ini, bila kita datang, kucing ini pasti akan mendekati kita atau kita hanya perlu bunyikan makanan dalam botol itu, kucing ini akan faham.
Haiwan ini seakan-akan sudah mengenali siapa kita.
Ada netizen yang membalas ciapan itu dengan mengatakan bahawa kawasan tersebut sememangnya tempat orang ramai membuang kucing.
Kepada masyarakat di luar sana, jika ada kucing datang kepada kita, janganlah tolak secara kasar, berilah sedikit makanan kepada haiwan ini kerana mereka benar-benar lapar.
Kongsi rezeki bersama haiwan ini besar ganjaran dia dan boleh jadi, mungkin doa dari kucing ini yang akan diangkat oleh Allah. - KitaReporters