Insan & Komuniti 11 May, 2021

Video| Mutoharoh lontar wang kertas berjumlah Rp100j dari balkoni! Duit raya untuk para pekerja

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
 

Mutoharoh melemparkan wang ke bawah untuk dikutip oleh pekerjanya. Kredit foto: Tribun Malang.


Seorang usahawan wanita melontar duit kertas berjumlah Rp100 juta (kira-kira RM30,000) dari balkoni banglonya untuk bonus hari raya bagi pekerja-pekerjanya baru-baru ini. 

Aksinya menaburkan wang itu dimuat dalam akaun TikTok miliknya @ayangyasmin pada Isnin, 22 Mac 2021 dan terus tular dalam Indonesia yang sudah ditonton lebih 2.9 juta kali. Viralnya TikTok itu membuat media Tribun Malang mewawancaranya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wang kertas


Memetik daripada Tribun Malang.com, wanita itu bernama Mutoharoh, 35, tinggal di Desa Pakisjajar, Kecamatan (Daerah) Pakis, Kabupaten (Kota) Malang, Jawa Timur.

"Itu memang benar, ia adalah bonus tahunan untuk pekerja saya," kata  Mutoharoh ketika ditemui di kediamannya pada Ahad, 9 Mei 2021.

Menurut Mutoharoh dia akan memberi bonus setiap tahun kepada pekerjanya.

Tambahnya, sebelum pandemik Covid-19 dia rajin membawa pekerja-pekerjanya berekreasi. 


Mutoharoh  bukan hendak menunjuk sebaliknya mengikut cadangan pekerjanya.



Mutoharoh yang berasal dari Lamongan, Jawa Timur menjalankan beberapa perniagaan, namun lebih menumpukan kepada jualan beg dalam talian (online) bersama suaminya, Aminul Wahab.

Wanita pemilik akaun TikTok @ayangyasmin ini memulakan perniagaan beg sejak tahun 2011 sehingga menjadi jutawan sehingga digelar Crazy Rich Malang.

Mutoharoh mempunyai 70 pekerja, kesemuanya berasal dari Pakis, Malang yang dibayar gaji sebanyak Rp200 ribu hingga Rp300 ribu sebulan (kira-kira RM600 ke RM900) sebulan.


Mutoharoh menjaga kebajikan para pekerjanya yang membantu perniagaannya.


Selain menaburkan wang, Mutoharoh turut memberikan hamper dan bungkusan hari raya.

Menurut ibu dua anak ini. dia bukan bertujuan hendak menunjuk-nunjuk kekayaan, tetapi rancangan itu datang daripada kakitangan. Lalu tertarik mencuba cara tersebut.

Dalam video itu kelihatan Mutoharoh melempar wang tunai dari balkoninya dan meminta kakitangan mengambil di bawah. Jumlah wang not yang diperoleh bergantung kepada kecekapan mereka mendapatkan wang yang jatuh.

Sementara itu, dalam satu lagi paparan kelihatan dia dengan dibantu anak-anak dan saudara-maranya memberikan hamper Hari Raya untuk pekerja-pekerjanya.


Para pekerja berebut mengambil wang not Rp100 ribu yang dilempar sang bos.


Menurut usahawan berjaya dan lulusan Universiti Negeri Malang ini, dia menghargai sumbangan pekerjanya dalam berbagai bidang yang  membantu melariskan perniagaannya. Justeru dia tidak loket berbahagi-bahagi rezeki dengan mereka.

Begnya memakai jenama Freshy dipopularkan melalui internet yang kini mendapat sambutan baik. Bagi meluaskan lagi pasaran, dia kini menggunakan platfom Shopee di bawah jenama Freshy Official Shop.

Ditanya mengenai pendapatannya, Mutoharoh enggan menjelas secara tepat, namun difaham mencapai 1 milyar (ratusan ribu ringgit) sebulan.

Mutoharoh pernah bekerja sektor swasta sebelum memulakan perniagaan membuat beg tanpa modal yang mencukupi.

Dia mampu merangkak sehingga berjaya hasil bantuan para pekerja yang dedikasi. - KitaReporters


0
2
0
0
0
You will be interested